Kini telah sah, Indonesia bakal mengalu-alukan kehadiran juara dunia iaitu Argentina ke laman mereka pada Jun ini.
Hal ini selepas pihak juara dunia tiga kali itu mengesahkan bakal menguji kekuatan dua pasukan Asia dalam jelajah ke benua ini.
Menurut laman Twitter mereka, pihak FA Argentina telah mengesahkan yang mereka akan tiba ke Asia pada Jun ini untuk menguji dua pasukan Piala Asia iaitu Australia dan Indonesia.
#SelecciónMayor Gira Asia 2023
Amistosos confirmados:
15/06 vs @Socceroos en Beijing.
19/06 vs #Indonesia en Yakarta.¡Vamos Selección! 🇦🇷💙 pic.twitter.com/0FJwEZ83uH
— 🇦🇷 Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) May 22, 2023
Dalam masa empat hari, skuad kendalian Lionel Scaloni akan bertemu dengan Socceroos terlebih dahulu di China pada 15 Jun.
Dan pada 19 Jun, mereka akan bertandang ke Stadim Gelora Bung Karno untuk bertemu Indonesia.
Dengan pengesahan perlawanan ini, Indonesia telah berjaya mendapatkan pihak lawan yang begitu berkualiti untuk membiasakan skuad kendalian Shin Tae-yong sebelum bertarung di Piala Asia kelak.
Ia juga akan menarik perhatian ramai pendukung bola sepak Indonesia dengan jualan tiket pastinya akan laku seperti pisang goreng panas apabila sudah mula dijual.
Cuma satu kerisauan adalah kelakukan penyokong mereka. Pihak keselamatan Indonesia haruslah meningkatkan kawalan terutamanya buat skuad Argentina kerana risau peminat fanatik Garuda akan cuba menyerbu hotel pasukan terutamanya untuk bertemu Lionel Messi.
Jika tidak, ianya pasti akan membuatkan keselamatan skuad Argentina akan terganggu kelak di Jakarta.
Untuk rekod, Indonesia akan menjadi pasukan Asia Tenggara kedua yang akan diuji oleh Argentina selepas sebelum ini Singapura juga pernah menentang mereka.
Aksi itu terjadi pada 2017 dengan Singapura dibelasah teruk 6-0 ketika perlawanan diadakan di Stadium Nasional Singapura.