Satu lagi kejadian memalukan berlaku dalam saingan Liga Malaysia setelah pergaduhan di antara penyokong Perak dan Selangor berlaku di Stadium Perak, Ipoh ketika aksi separuh masa pertama perlawanan Liga Super.
Pergaduhan tersebut sempat dirakam oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang berlaku di tempat duduk penyokong di mana kelihat sekumpulan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah tempat duduk penyokong Selangor.
Panass!🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/7g3gXPLRi6
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 20, 2023
Beberapa pasukan keselamatan sedikit terlambat untuk meleraikan pertembungan tersebut, sekaligus menyaksikan berlaku aksi tumbuk menumbuk di antara kedua-dua kumpulan.
Namun hanya selepas beberapa ketika, keadaan dapat dikawal sepenuhnya. Setakat ini masih belum jelas apakah perkara yang menjadi punca pergaduhan.
Berita lanjut menyusul…