Rio Ferdinand mendedahkan yang beliau ada terima satu mesej dari Pep Guardiola sebelum sepak mula aksi pertemuan antara Manchester City bertemu Real Madrid di Etihad awal pagi tadi.
Pengurus The Citizens itu memberitahu Rio Ferdinand yang beliau sangat yakin skuadnya akan mampu untuk tewaskan Real Madrid dalam aksi di peringkat separuh akhir kedua itu.
Manchester City berjaya membelasah juara 14 kali saingan Champions League itu dengan keputusan 4-0 dan tidak dinafikan pasukan tuan rumah terlalu dominan dalam perlawanan ini.
“I TOLD YOU, I TOLD YOU!” 👀
Rio Ferdinand revealed that Pep Guardiola texted him 2 hours before the game, saying that Man City would beat Real Madrid 😅
Ice in the veins from Pep 🥶😂 pic.twitter.com/aE91alxSDV
— SPORTbible (@sportbible) May 17, 2023
Kemenangan itu membantu Man City untuk layak ke perlawanan akhir dengan mereka kini sedang dalam usaha untuk memburu gelaran pertama mereka di pentas saingan terbesar Eropah itu.
Manchester City pada musim lalu tewas di tangan Real Madrid di peringkat yang sama, dengan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berjaya tewaskan The Citizens sebelum benam Liverpool di pentas perlawanan akhir.
Man City sebenarnya sangat yakin mereka bakal memenangi aksi dalam perlawanan pada hari ini dengan Pep sendiri sudah mendedahkan kepada Rio Ferdinand tentang bagaimana yakinnya beliau bakal layak ke pentas perlawanan akhir.
Bekas pemain pertahanan Manchester United itu tampil mendedahkan tentang mesej yang beliau terima dari Pep Guardiola sebelum aksi pertemuan antara Real Madrid bertemu Manchester City.
Guess who Guardiola’s pointing to here… Rio Ferdinand. Ferdinand says he got a text from Pep earlier saying City would win – I guess he’s saying ‘I told you so’ pic.twitter.com/GjK8ry2B57
— Sam Lee (@SamLee) May 17, 2023
“Pep Guardiola mesej saya sebelum perlawanan dan dia kata, ‘Kami tewaskan mereka dua tahun lalu dan kami akan sekali lagi kalahkan mereka, percayakan saya’.”
Jelas Rio Ferdinand mendedahkan tentang isi kandung mesej yang beliau terima dari Pep Guardiola.
Selepas tamat perlawanan tersebut, tular di laman twitter sebuah video yang menunjukkan bagaimana reaksi Guardiola ketika bercakap dengan Rio Ferdinand yang ketika itu sedang membuat liputan di atas padang.
Pep dilihat seolah-olah memberitahu Rio Ferdinand yang beliau benar dengan pengurus Man City itu dikatakan menjerit, ‘Saya dah beritahu kamu, saya dah beritahu kamu!’ sambil menunjuk-nunjuk ke arah bekas bintang England itu.
Pep Guardiola sebenarnya memaksudkan kemenangan mereka tiga tahun lalu yang mana Man City berjaya tewaskan Real Madrid pada tahun 2020 yang lalu.
CITY! 💙 pic.twitter.com/GBfEe514gv
— Manchester City (@ManCity) May 17, 2023
Manchester City berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi leg pertama di Santiago Bernabeu dan mereka juga turut mencatatkan keputusan sama di Etihad untuk layak ke peringkat suku akhir.
Tahun lalu, Man City berjaya mencatatkan kemenangan dalam aksi leg pertama, dengan mereka dikatakan sudah selangkah kaki untuk layak ke pentas perlawanan akhir selepas mendahului Real Madrid 5-3 pada hujung-hujung aksi leg kedua.
Real Madrid walau bagaimanapun berjaya melakukan comeback yang sangat dahsyat dengan mereka menjaringkan tiga gol pada minit-minit akhir permainan untuk layak ke pentas perlawanan akhir.
FULL-TIME | WE’RE ON OUR WAY TO ISTANBUL!!!
🔵 4-0 (5-1) ⚫️ #ManCity | #UCL pic.twitter.com/tVxT2nhQzs
— Manchester City (@ManCity) May 17, 2023
Musim ini tidak dinafikan lagi yang Man City sebenarnya mudah untuk layak ke perlawanan akhir dengan mereka cemerlang membelasah Real Madrid di Etihad awal pagi tadi.