Man United Sasar Arkitek Tengah Perancis Untuk Saingan Musim Depan

Manchester United tampil selaku salah satu pasukan yang giat kini membuat persiapan awal untuk menandatangani lebih ramai pemain baharu pada musim hadapan.

Selain memberi tumpuan kepada barisan serangan baharu yang dilihat memberi masalah buat mereka dalam beberapa perlawanan musim ini, mereka juga menyasarkan beberapa tonggak tengah lebih berpengaruh.

Disebabkan itu, beberapa nama pemain mula dikaitkan bersama United dengan terkini Adrien Rabiot menjadi sasaran terbaharu kelab tersebut untuk ditandatangani.

Menurut laporan daripada Sportbible, pengurus United iaitu Erik ten Hag telah pun mengadakan perbincangan tersendiri bersama pemain tersebut untuk membincangkan hala tuju musim hadapan di Old Trafford.

Jika diikutkan, sejak musim lalu lagi United berminat untuk dapatkan Rabiot, namun hasrat tersebut terbantut kerana tawaran bagi menandatangani pemain itu dianggap sangat tinggi.

Kini pemain tersebut sekali lagi diintai peluang oleh United selepas Ten Hag sendiri sudah mengadakan perbincangan semasa bersama Rabiot.

Tambahan pula, kontrak Rabiot bersama Juventus dilaporkan bakal tamat pada penghujung musim ini dan dijangka beberapa kelab lain turut berminat untuk dapatkan khidmat pemain tengah tersebut.

Musim ini menjadi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan mengenai keberkesanan Rabiot dalam mengemudi jentera tengah bersama Juventus menerusi kualiti dipamerkan kepada ramai.

Bersama Juventus, pemain berusia 28 tahun itu telah pun meledak 11 gol secara keseluruhan dalam segala perlawanan dihadapi pasukan tersebut musim ini dengan sangat baik.

Peluang untuk Ten Hag memiliki Rabiot dianggap cukup cerah selepas pemain itu sendiri pernah menyuarakan hasrat untuk beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) pda masa akan datang.

Rabiot juga menyatakan beliau tidak memiliki mana-mana kelab sasaran untuk diwakili pada masa hadapan dan ia memberi ruang untuk United cuba mendapatkan beliau.

“Saya tak pernah mempunyai mana-mana kelab kegemaran dan belum dipastikan pasukan mana yang saya ingin wakili untuk beraksi pada masa depan.

“EPL boleh dianggap berada pada tahap berbeza berbanding liga lain, dan tahap permainan di sana menarik perhatian saya. Saya menganggap saingan di sana lebih sepadan dengan kualiti dimiliki,” jelas Rabiot.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN