Penyerang berbisa skuad bawah 22 (B-22) negara, T. Saravanan enggan menjadikan faktor cuaca panas dan keadaan padang sebagai alasan mengapa mereka gagal kali ini dalam saingan Sukan SEA 2023.
Tahun ini segalanya serba tidak menjadi buat skuad B-22 negara dalam aksi Sukan SEA 2023 di Kemboja selepas mereka gagal untuk melepasi peringkat kumpulan seperti tahun lalu untuk mara ke pusingan separuh akhir.
Walaupun bermula dengan cukup garang untuk menewaskan Laos menerusi kemenangan 5-1 pada perlawanan awal Kumpulan B, konsistensi skuad B-22 negara gagal untuk dipertahankan dengan lebih baik selepas itu.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Khamis, 11 Mei 2023
SINGAPURA 🇸🇬 0-7 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ T. Saravanan 14’ 48’ 53’ 62’ Haqimi Azim 45’+2’ Mukhairi Ajmal 87’ Aiman Afif 90’+3’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/WUv4kDD9Iz
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 11, 2023
Menerusi dua kekalahan berturut-turut skuad kendalian E. Elavarasan kepada Vietnam dan Thailand, secara tidak langsung skuad negara mengesahkan diri untuk gagal ke pusingan seterusnya seperti diharapkan oleh para penyokong negara.
Malah, aksi yang ditampilkan oleh skuad B-22 negara ketika itu juga boleh dianggap tidak konsisten dengan sering membuat kesilapan mudah untuk memberi ruang buat pasukan lawan.
Walaupun begitu, Malaysia B-22 menamatkan hari terakhir mereka dalam saingan Sukan SEA dengan memberi kemenangan besar 7-0 untuk menewaskan Singapura bersama aksi lebih menyakinkan.
Empat gol berjaya diledak oleh Saravanan pada perlawanan tersebut untuk mengangkat nama beliau selaku salah seorang penjaring terbanyak kejohanan selain begitu cemerlang pada aksi terakhir itu bersama rakan sepasukan.
Walaupun begitu, Saravanan mengakui perasaan beliau bercampur baur selepas gagal untuk membantu skuad kebangsaan mara ke pusingan separuh akhir pada aksi Sukan SEA kali ini.
“Cuaca memang panas tetapi kita tidak boleh jadikannya sebagai alasan kerana bola sepak adalah kerja kami. Padang juga teruk, tidak rata namun segala taktikal pasukan sudah dilaksanakan dalam perlawanan,” katanya menerusi Harian Metro.
Tambah Saravanan, empat gol yang diledak beliau sepanjang saingan tersebut bakal menjadi pembakar semangat untuk dirinya tampil lebih baik selepas ini dalam mana-mana perlawanan dihadapi.
Beliau juga mengakui kini fokus akan kembali diberikan kepada kelab yang diwakili iaitu Kuala Lumpur City (KL City) dan akan terus bekerja lebih keras bagi menjadi salah seorang pemain terbaik negara.
Separuh Masa
Kumpulan B Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2023 | Khamis, 11 Mei 2023
SINGAPURA 🇸🇬 0-2 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ T. Saravanan 14’ Haqimi Azim 45’+2’#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/x2x2HncNSl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 11, 2023
“Kita tidak ada silap apa, kita sudah cuba sehabis baik tetapi tidak dapat. Seluruh pasukan sudah beri semuanya apa yang kami belajar dalam latihan namun belum ada rezeki.
“Puas hati apabila dapat jaringkan empat gol dan sekarang saya perlu fokus kepada kelab. Bermain untuk pasukan negara dan kelab dalah berbeza tetapi saya akan kekal bekerja keras untuk jadi pemain yang lebih baik,” katanya.