Sergio Busquets Sah Tinggalkan Barcelona Selepas 18 Tahun, Sedang Berunding Dengan Kelab Arab Saudi

Sergio Busquets Barcelona

Sergio Busquets bakal menamatkan perjalanan selama 18 tahun bersama Barcelona pada penghujung musim ini selepas menolak tawaran kontrak baharu dengan nilai gaji yang lebih rendah.

Pemain tengah ikonik kelab Catalan tersebut menyertai akademi La Masia pada 2005 sebelum membuat penampilan bersama skuad utama pada 2008.

“Sudah tiba masanya untuk mengumumkan yang ini akan menjadi musim terakhir saya bersama Barca,” ujar pemain berusia 34 tahun itu dalam video perpisahan yang disiarkan oleh akaun rasmi Barcelona.

“Ia merupakan perjalanan yang tidak akan dilupakan. Saya sentiasa mengimpikan untuk bermain dengan jersi ini dan di stadium ini. Realitinya ia lebih daripada apa yang saya impikan.

“Saya sendiri mungkin tidak akan percaya jika kamu berkata kepada saya ketika saya tiba sebagai pemain remaja yang saya akan bermain selama 15 musim di kelab terbaik di dunia ini dan beraksi lebih 700 perlawanan.

“Ia merupakan satu penghormataan, impian dan sumber kebangggan yang memberi makna segalanya untuk dipertahankan dan mewakili lencana ini untuk tahun-tahun yang cukup panjang.

“Walaupun ia bukanlah keputusan yang mudah, tetapi saya rasa masanya telah tiba.”

Busquets telah mengumpul 718 penampulan untuk Barcelona, meletakkannya di kedudukan ketika dalam sejarah penampilan terbanyak sepanjang zaman.

Beliau memenangi lapan kejuaraan La Liga – mungkin yang kesembilan tidak lama lagi – tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), tujuh Copa del Rey, tujuh Piala Super Sepanyol, tiga Piala Super Eropah dan tiga Piala Kelab Dunia.

Busquets juga telah mengumumkan persaraan daripada tugasan antarbangsa, memegang rekod bemain paling banyak aksi El Clasico dengan 48 penampilan.

Media Sepanyol, El Chiringuito de Jugones melaporkan Busquets telah pun menerima tawaran daripada kelab Arab Saudi, Al Hilal bersama bekas rakan sepasukannya Lionel Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN