Pemain muda Indonesia, Marselino Ferdinan kini menjadi antara bintang tumpuan ramai pemerhati bola sepak selepas aksinya yang begitu cemerlang selepas mengharungi beberapa perlawanan dalam saingan Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Apa tidaknya, pada usia masih muda Marselino menjadi pemain Indonesia baharu yang berjaya mendapat tempat di Belgium untuk mewakili KMSK Deinze ketika ini.
Sukan SEA: Pratama Arhan & Marselino Ferdinan Dapat Pelepasan Kelab Untuk Perkuat Indonesiahttps://t.co/QC02xjcHkA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 21, 2023
Menjadi antara nama yang dipanggil menyertai Indonesia bawah 22 (B-22) untuk aksi Sukan SEA, ramai yang mengharapkan agar Marselino mampu memberikan segalanya yang positif.
Jelas pemain tersebut tampil dengan sangat baik ketika ini dan Indonesia menjadi pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas unggul di peringkat Kumpulan A.
Menurut pembantu jurulatih Indonesia B-22 iaitu Nova Arianto, beliau melihat beberapa peningkatan berjaya dipamerkan oleh Marselino ketika ini untuk memberi impak positif dalam pasukan.
Walaupun baru beberapa bulan di Eropah, kualiti yang dipamerkan oleh Marselino jelas semakin berkembang pesat berbanding sebelum itu untuk memberi kegembiraan buat pengendali berkenaan.
Menurut Nova, sekurangnya ada tiga perkara positif yang telah dipamerkan oleh Marselino ketika ini selepas melihat aksi pemain tersebut bersama Indonesia B-22 di Kemboja dan wajar diberi pujian.
Pada usia 18 tahun, Marselino dianggap berjaya mempamerkan sisi yang sangat matang selaku pemain profesional hasil pengalaman serta mempelajari budaya bola sepak di Belgium.
“Apa yang saya lihat, Marselino kini semakin yakin beraksi di atas padang selepas mengharungi banyak perlawanan kelas antarabangsa bersama Indonesia serta beraksi secara kompetitif di Belgium.
“Selain itu, Marselino juga tampil dengan sisi kematangan yang cukup menyerlah di atas padang dan itu yang membantu prestasi pemain tersebut terus meningkat sehingga kini,” jelas Nova menerusi Bola.com.
Mentaliti dan kualiti permainan ditampilkan Marselino juga semakin menyerlah dan ianya mendapat pujian daripada Nova mengenai perkara tersebut.
Potret Tim U-22 Indonesia pada laga kontra Timor Leste. 📸
Tuntaskan laga selanjutnya, Garuda Nusantara! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #TimnasDay pic.twitter.com/IGEG1S8DHm
— PSSI (@PSSI) May 7, 2023
Marselino menjadi antara pemain tonggak yang telah pun meledak dua gol setakat ini daripada tiga perlawanan dihadapi Indonesia dalam Kumpulan A.
Selain tajam di hadapan gol, kebolehan Marselino untuk menyusun setiap pergerakan di posisi tengah serta kreatif mencipta serangan jelas menjadi pertaruhan penting buat Sang Garuda dalam saingan Sukan SEA.