Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Abd Rasid Jusoh mengesahkan pasukan tersebut ketika ini tidak mempunyai rencana untuk menukar pemain import baharu menjelang jendela perpindahan kedua musim ini.
Jendela kedua perpindahan pemain bakal membuka tirai pada 5 Julai ini sehingga Ogos sebelum ianya ditutup semula, dengan beberapa kelab lain dilihat bakal membuat beberapa rombakan kecil.
Terengganu Diberi Saranan Agar Rombak Semula Pemain Importhttps://t.co/nlkldeoGzZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 7, 2023
Antara menjadi tumpuan pastinya terarah kepada barisan pemain import Terengganu yang ketika ini kurang memberi impak seperti diharapkan oleh para penyokong.
Terengganu pada musim ini boleh dianggap sedikit merudum daripada segi corak permainan di atas padang serta beberapa pemain gagal memberi impak seperti musim-musim lalu.
Tampil dengan sembilan pemain import ditandatangani musim ini, ianya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong selepas mutu permainan pasukan kurang memberansangkan.
Paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada posisi serangan pasukan tersebut yang kurang menyerlah serta tidak memberi impak positif dalan sesetengah perlawanan dihadapi.
Nama pemain seperti Ivan Mamut, Adisak Kraisorn, Domagoj Pusic, Omid Nazari, serta Sony Norde yang tampil kurang menyakinkan buat Terengganu selain beberapa tonggak tempatan gagal memberi aksi lebih baik.
We had tried so much. We'll keep building pic.twitter.com/NgZZJpPq9P
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) May 5, 2023
Walaupun begitu, Ab Rasid menyatakan pihak pengurusan kelab ketika ini masih belum memikirkan tentang pertukaran tersebut sambil mahu memberi fokus kepada baki saingan liga pusingan pertama dan Piala FA.
Selepas tampil hambar dalam beberapa perlawanan, Ab Rasid jelas tidak rela menyaksikan Terengganu terus kehilangan mata ketika ini sebelum pusingan kedua liga berlangsung.
“Setakat ini kami belum membuat keputusan lagi berhubung perkara itu (pertukaran pemain) pada jendela kedua perpindahan yang dijadualkan bermula Julai nanti.
“Sebaliknya tumpuan kami kini adalah terarah untuk mengutip mata penuh daripada baki tiga perlawanan pusingan pertama liga selain saingan Piala FA yang kini memasuki peringkat suku akhir.
“Jadi barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Steinbruckner) sedang mempersiapkan pasukan dengan mengadakan latihan yang lebih terancang dan berstruktur dalam tempoh rehat ini bagi memastikan pemain kekal cergas dan bertenaga sebelum menentang Sabah FC pada 19 Mei ini di Stadium Likas,” katanya menerusi Harian Metro.