Sukan SEA: E. Elavarasan Akui Thailand Dan Vietnam Lebih Baik Berbanding Malaysia

Pengendali skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) iaitu E. Elavarasan enggan mendabik dada dengan kemenangan besar mereka mengatasi Laos baru-baru ini untuk aksi pertama Malaysia dalam saingan Sukan SEA.

Sebaliknya, beliau mahu memberi fokus pada perlawanan seterusnya yang bakal berlangsung esok menentang Thailand dan dianggap lebih penting buat perjalanan skuad negara.

Pada perlawanan lalu, Malaysia B-22 memulakan langkah kanan dalam aksi Sukan SEA setelah tampil cemerlang menewaskan Laos menerusi keputusan 5-1 bagi aksi Kumpulan B.

Walaupun tampil kurang menyakinkan pada awal perlawanan, hasil percaturan Elavarasan yang melakukan beberapa pertukaran menyaksikan Laos gagal untuk mengutip tiga mata pertama mereka.

Untuk aksi seterusnya, Elavarasan mahu memberi fokus kepada pasukan lawan yang dianggap sebagai salah satu pilihan untuk meraih pingat emas iaitu Thailand di gelanggang sama.

Jelas Elavarasan, segala kemenangan serta aksi positif ditampilkan skuad kendaliannya ketika menentang Laos dianggap tidak bermakna jika mereka gagal meraih keputusan positif pada perlawanan bertemu Thailand Sabtu ini.

“Saya fikir lima gol (berdepan Laos) bukan kelebihan besar sebab apabila berdepan Thailand dan kita tewas, apa kelebihan daripada lima gol itu? Jika keputusan dengan Thailand bagus, jaringan itu akan membantu kami.

“Pada masa ini masih terbuka. Kita perlu faham sebab kumpulan ini memang sukar, ia perkara normal dalam bola sepak yang mana anda ada keupayaan untuk terus mara.

“Untuk penyokong, terima kasih sebab bagi harapan yang tinggi. Namun kita kena tengok yang Thailand adalah pasukan yang lebih baik dari kita. Anda perlu faham, Vietnam pun pasukan yang lebih baik,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Thailand juga tampil cemerlang pada perlawanan sulung mereka dalam Kumpulan B, selepas kejayaan pasukan tersebut mengetepikan cabaran Singapura menerusi keputusan penuh 3-1.

Aksi dalam Kumpulan B boleh dianggap sangat sengit kerana ia turut menampilkan juara musim lalu iaitu Vietnam, dan pastinya pasukan tersebut enggan melepaskan sebarang peluang untuk terus mempertahankan pingat emas.

Malaysia pula gagal meraih sebarang pingat pada tahun lalu, selepas dikecewakan oleh Indonesia ketika penentuan pingat gangsa dan kali ini mereka sudah tentu enggan mengulangi kesilapan sama.

Menerusi beberapa muka baharu seperti Fergus Tierney dan kehadiran pemain tengah berpengaruh iaitu Mukhairi Ajmal, rata-rata penyokong mengharapkan yang terbaik buat skuad negara.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN