Kecewa Dengan Situasi Semasa, Penyerang Arsenal Tolak Tandatangani Kontrak Baharu Musim Depan

Penyerang berpotensi Arsenal iaitu Reiss Nelson dilaporkan telah menolak tawaran kontrak baharu bersama kelab tersebut untuk saingan musim hadapan selepas melihat kepada beberapa situasi.

Ketika ini, dilaporkan beberapa kelab telah memantau pemain tersebut dan mempamerkan rasa minat untuk menandatangani khidmat Nelson bagi memfokuskan posisi serangan.

Nelson merupakan salah seorang produk keluaran The Gunners sendiri selain daripada tiga lagi rakan beliau iaitu Emile Smith Rowe, Bukayo Saka, serta Eddie Nketiah yang dianggap mempunyai kualiti tersendiri.

Walaupun begitu, Nelson menjadi antara pemain yang sukar untuk mendapatkan tempat beliau bersama pasukan sejak awal musim ini dan sering memanaskan bangku simpanan.

Apapun, salah satu detik bersejarah dicipta Nelson pastinya ketika Arsenal mencipta kemenangan 3-2 mengatasi Bournemoth, dengan penyerang itu meledak gol kemenangan pada masa tambahan.

Musim ini menyaksikan Nelson sudah beraksi sebanyak lapan perlawanan bersama Arsenal dalam persaingan English Premier League (EPL) dengan tiga gol diledak beliau serta empat bantuan jaringan terhasil.

Namun, Nelson masih belum dapat mengesahkan tempat beliau dalam kesebelasan utama atau dipilih Mikel Arteta, sehingga menyaksikan beberapa kelab lain mula berminat akan khidmatnya.

Kontrak Nelson bersama Arsenal bakal tamat pada musim panas ini, dan Pengurus Brighton & Hove Albion iaitu Roberto De Zerbi mempamerkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sebenarnya, Nelson pernah menyatakan kepada umum yang beliau ingin kekal bersama Arsenal, namun kini situasi semasa menyaksikan perkara tersebut tidak akan berlaku.

Menurut laporan daripada Sportbible, Nelson akan kekal di Arsenal sehingga penghujung musim ini dan akan memulakan karier bersama kelab baharu pada musim hadapan.

Antara faktor kenapa Nelson ingin tinggalkan Arsenal, setelah dilaporkan kelab itu kini turut giat ingin menandatangani seorang lagi pemain serangan dari Perancis iaitu Moussa Diaby.

Laporan menyatakan kelab diwakili oleh Diaby iaitu Bayer Leverkusen telah pun meletakkan tanda harga sebanyak £88 juta kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Apapun, Arsenal mungkin akan menghadapi persaingan sengit daripada kelab-kelab lain yang turut mengintai peluang untuk cuba mendapatkan pemain kebangsaan Perancis tersebut pada musim hadapan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN