Kerteh & Atlead Pass Bekerjasama Untuk Penyediaan Data Pasukan

Kerteh

Kelab bola sepak yang berpengkalan di Terengganu, Kerteh terus mengorak langkah demi memajukan pasukan apabila kali ini mereka bekerjasama dengan Atlead Pass selama tiga tahun.

Menurut pengurus Kerteh iaitu Ramzan Ibrahim biarpun, mereka bukan pasukan yang besar namun kerjasama ini sedikit sebanyak akan membuka ruang dan peluang untuk orang ramai lebih mengenali pasukan tersebut dengan penyediaan perangkaan data dan analisis lebih mendalam berkenaan pasukan Kerteh.

”Kami sangat bangga dapat bekerjasama dengan salah satu syarikat data paling inovatif dalam industri.

“Kerjasama ini akan membolehkan kami meningkat dengan ketara usaha data dan analitik serta mewujudkan sinergi yang lebih besar bagi kerteh,” ujarnya.

Sementara itu bagi pengurus Atlead Pass, Fauzan Jaafar, kerjasama dalam jangka masa panjang ini akan membolehkan pihaknya mengembankan lagi teknologi yang ada selain akan memberi segala data berkaitan pasukan mengikut ekosistem sains sukan.

“Seperti pucuk ulam dicita ulam mendatang, jenama Kerteh FC telah dikenali dalam komuniti sukan dan ini akan menyemarakkan lagi perancangan budaya analisa sukan di pantai timur,” katanya.

Untuk maklumat tambahan, data analisis yang disediakan oleh Altead Pass ini bukan sahaja terhad kepada pasukan Kerteh ini sebaliknya, mereka juga menyediakannya kepada mana-mana pasukan yang berminat menggunakan perkhidmatan mereka dalam perlawanan yang berlangsun di Stadium Kerteh Sports City.

Semua sedia maklum, pasukan Kerteh ini mula mendapat perhatian peminat bola sepak apabila sedikit demi sedikit penyediaan pasukan semakin baik dari segi penajaan, padang latihan dan beberapa aspek lain malah boleh dikatakan ia lebih baik dari sesetengah pasukan besar di Liga Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN