Larangan Dan Undang-Undang Merapu, Adakah Kelantan Cuba ‘Main Api’ Dengan Penyokong?

Semalam, satu memo rasmi yang dikeluarkan oleh pengurusan Kelantan telah tular di media sosial dengan salah satunya membabitkan isu antara penyokong bersama para pemain.

Daripada enam kenyataan dikeluarkan oleh Tuan Hazli Tuan Mamat yang merupakan Pegawai Keselamatan Kelantan, salah satunya dilihat cukup kontroversi dengan membabitkan para penyokong.

Kenyataan itu menyatakan para pemain tidak boleh menghampiri tempat duduk penyokong selepas tamat perlawanan sehingga mendapat kebenaran dsripada mereka sendiri.

Setiap pemain perlu terus memasuki bilik persalinan sebaik sahaja perlawanan tamat serta sesi berjabat tangan sesama mereka dan tidak boleh menghampiri para penyokong.

Ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat tidak munasabah, kerana tindakan itu seolah merenggangkan lagi jarak antara para pemain bersama penyokong sebaik sahaja perlawanan tamat.

Ianya seolah pengurusan cuba untuk tidak membenarkan hubungan antara kelab dan para penyokong bersatu hati pada hari perlawanan sehingga mencetuskan pertikaian di media sosial.

Selain isu tersebut, pengurusan Kelantan secara rasmi juga melarang gendang serta kain rentang daripada dibawa masuk oleh para penyokong dan ianya turut dianggap suatu tindakan sangat pelik.

Menerusi komen-komen penyokong Kelantan di media sosial, rata-ratanya tidak bersetuju dan menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang perlu dipertimbangkan semula oleh pihak pengurusan.

“Harap ado pertimbangan semula oleh pihak pengurusan. Sekat banner yang provokasi atau negatif je lah. Sebelum ni banyak kali banner-bannter yang bagus jah. Jangan sebab sedikit sampai lupakan  banner yg bagus,” jelas Nego Lako.

“Tak pernah dibuat kelab lain yang drum, banner semua tak boleh bawa masuk stadium. Yang paling kelakar tuan rumah sendiri pun tak boleh bawak masuk,” ulas Nadirul Rodzi.

“ZAMSAHAM boss kalau gini baik buat rule main tanpa penyokong je. Mana semangat kesukanan boss?,” tanya YB Wakmie.

“KENA INGAT, LEPASNI BANYAK GAME HOME, BILA MANAGEMENT BUAT MACAM NI SILAP HARI BULAN KUTIPAN TIKET HOME GAME AKAN BERKURANGAN! MIKIR GAK ETEK TUAN PRESIDENT ZAMSAHAM,” marah Muhammad Aiman.

Apapun, tindakan yang dibuat oleh pengurusan Kelantan ketika ini boleh dianggap sangat tidak bijak dan bakal merugikan mereka sendiri pada masa akan datang.

Penyokong merupakan nadi utama sesuatu kejayaan pasukan, adalah merugikan jika segala undang-undang dan larangan ini diteruskan dan bakal menyebabkan Kelantan bakal sunyi tanpa penyokong di stadium musim 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN