Pemain Kelantan Dilarang Senyum Kepada Lawan, Ini Undang-Undang Baharu Yang Dilaksanakan Pengurusan

Situasi semasa Kelantan yang kurang memberansangkan dalam saingan Liga Super ketika ini dilihat semakin teruk, dengan terbaharu pengurusan pasukan tersebut cuba menerapkan undang-undang tidak masuk akal kepada pemain pada hari perlawanan.

Kelantan yang sebelum ini telah memecat ketua jurulatih mereka iaitu Choi Moon-sik telah mencipta kontroversi sendiri melibatkan ejen pengendali berkenaan bersama pihak pengurusan.

Terbaharu, satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak pengurusan kelab tersebut telah tersebar luas di media sosial dengan beberapa peraturan ditetapkan mereka kepada para pemain.

Antara paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada peraturan keenam iaitu pemain Kelantan dilarang untuk memberi senyuman kepada pasukan pasukan lawan dengan alasan tidak masuk akal

Alasan pemain tidak boleh memberikan senyuman atau bercakap dengan pihak lawan kerana pihak pengurusan mahu menerapkan mentaliti berjuang di atas padang pada hari perlawanan.

Ianya jelas sesuatu yang sangat tidak boleh diterima, kerana bola sepak merupakan wadah penyatuan dan senyuman sebenarnya langsung tidak memberi kesan negatif buat kelab.

Malah, ia mengeratkan lagi hubungan antara kedua pasukan pada hari perlawanan untuk mengelakkan situasi lebih tegang berlaku yang boleh menjurus kepada pergaduhan sesama mereka.

Malah, senyuman dan nilai-nilai murni sepatutnya diterapkan oleh pengurusan untuk memberi gambaran terbaik buat pasukan lawan serta menjaga imej pasukan dalam Malaysia ketika ini.

Selain tidak boleh memberi senyuman, undang-undang yang dikeluarkan oleh Pegawai Keselamatan Kelantan iaitu Tuan Hazli Tuan Mamat turut menekankan beberapa lagi aspek lain pada hari perlawanan.

Antaranya, mereka tidak dibenarkan membuat provokasi kepada pemain lawan atau pengadil kerana dikhuatiri akan menyebabkan layangan kad dan merugikan pasukan.

Malah, para pemain Kelantan juga tidak dibenarkan menukar jersi bersama pasukan lawan di kawasan padang serta menerusi bangku simpanan.

Lebih aneh, mereka juga dilarang untuk bersalaman bersama jurulatih pasukan lawan sehingga wisel penamat dibunyikan untuk pemain Kelantan membuat sedemikian.

Menerusi memo tersebut, ada enam peraturan telah dikeluarkan oleh Pegawai Keselamatan tersebut dan jika disimpulkan, ianya seolah mengajak Kelantan untuk tidak bermesra bersama pasukan lawan atau penyokong.

Polisi yang dikeluarkan pengurusan pasukan tersebut kepada pemain merupakan sesuatu yang sangat bertentangan dengan tujuan sebenar sukan bola sepak ini diadakan.

Pastinya ia sesuatu yang tidak dapat diterima akal oleh sesetengah pihak, dan setiap peraturan dikeluarkan itu hadir dengan alasan tidak kukuh untuk menguatkan hujah mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN