Khabar angin yang mengaitkan Declan Rice bakal menyertai Arsenal bertiup semakin kencang selepas pemain midfield itu dilihat meminta tandatangan Martin Odegaard selepas tamat aksi terikat 2-2 The Gunners bertemu West Ham United malam semalam.
Harapan Arsenal untuk menjulang gelaran liga musim ini semakin pudar selepas mereka mencatatkan dua keputusan seri dari dua perlawanan terakhir.
Selepas kena comeback ketika aksi bertemu Liverpool sebelum ini, Arsenal sekali lagi menerima nasib yang sama selepas mereka terpaksa akur sekadar seri 2-2 bertemu West Ham walau sudah mendahului perlawanan 2-0 pada aksi babak pertama permainan.
Declan Rice adding Martin Odegaard's shirt to his collection ✍️👕 pic.twitter.com/e6njDbKspU
— ESPN UK (@ESPNUK) April 17, 2023
Gabriel Jesus dan Martin Odegaard cemerlang mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini dengan kedua-dua mereka membantu Arsenal mendahului 2-0 seawal minit ke-10 permainan.
West Ham kemudiannya berjaya merapatkan jurang gol selepas Said Benrahma cemerlang meledak gol hasil sepakan penalti pada minit ke-33 permainan.
Masuk aksi babak kedua, West Ham berjaya menyamakan kedudukan selepas Jarrod Bowen meledak gol yang sungguh luar biasa dahsyat untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.
Arsenal berusaha keras untuk mencari gol tambahan namun usaha mereka berakhir dengan kegagalan dan skuad kendalian Mikel Arteta itu terpaksa akur sekadar pulang membawa satu mata.
The Gunners sebenarnya turut berkesempatan untuk memperoleh gol ketiga dalam perlawanan ini, namun malangnya Bukayo Saka gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang mereka menangi pada aksi babak kedua perlawanan.
Martin Odegaard signing an arsenal's home shirt for Declan Rice 👀 pic.twitter.com/Yc5iJt04ZD
— Fah 🍉 (@iffah_rahmah22) April 16, 2023
Kegagalan Arsenal untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan ini jelas sekali bakal memberi impak kepada perlumbaan mereka dalam merebut gelaran liga musim ini.
Namun bukan keputusan seri atau kegagalan Saka menyempurnakan sepakan penalti yang menjadi topik perbualan hangat peminat selepas tamat perlawanan tersebut.
Peminat lebih tertarik untuk membincangkan tentang situasi yang memperlihatkan bagaimana pemain sasaran utama Arsenal, Declan Rice dilihat berbual dengan Martin Odegaard dengan pemain midfield itu dilihat turut meminta tandatangan bintang Norway itu.
Semua peminat juga tentu tahu yang Rice sememangnya gemar menyimpan koleksi jersi pemain dan beliau juga turut ada ruangan khas untuk mempamerkan jersi-jersi yang beliau kumpul.
Namun begitu, peminat sama sekali tidak peduli tentang hal tersebut, dengan mereka percaya ada maksud tersirat sebalik berlakunya insiden tersebut.
Odegaard giving an autograph to Rice 🤣 pic.twitter.com/TGmZEXkRtV
— Arsenal Harmony ⚡ (@ArsenalHarmoni) April 16, 2023
Peminat percaya Rice bukanlah meminta jersi Odegaard untuk sekadar menjadi koleksi, sebaliknya ia satu gambaran yang bintang England itu akan ke Emirates pada musim panas nanti.
“Declan Rice sudah membeli jersi itu lebih awal dan dia bawa semata-mata untuk minta Odegaard turunkan tandatangan. Ia jelas kerana tak mungkin mereka bertukar jersi sebab itu jersi home.”
“Selepas ini giliran dia pula turunkan tandatangan untuk menyertai kita.”
“Dia dari London. Saya yakin keluarga dia penyokong Arsenal dan dia ada impian untuk main bersama kita.”
Martin Odegaard was seen signing an Arsenal shirt for Declan Rice after the Gunners' draw to West Ham 👀https://t.co/Pl36oAx5LL
— talkSPORT (@talkSPORT) April 16, 2023
Jamie Carragher juga turut pernah beri gambaran yang Declan Rice sebenarnya lebih berpotensi untuk menyertai Arsenal berbanding pasukan lain.
“Ia mungkin lebih dari sekadar itu.”
Jelas Carragher ketika bercakap tentang khabar angin Rice mahu menyertai Arsenal.
Bulan lalu, Rice dan Oleksandr Zinchenko turut dilihat ada berbual selepas tamat aksi pertemuan antara England bertemu Ukraine.
Selepas tamat perlawanan tersebut, kedua-dua pemain dilihat bersalaman dengan Rice dan Zinchenko dilihat berpeluk mesra sebelum meninggalkan padang.
Did Zinchenko ask Rice: "You joining, yeah?" 😂😂 pic.twitter.com/hAYBqwUoIG
— Arsenal Harmony ⚡ (@ArsenalHarmoni) March 26, 2023
Bahkan gerak bibir mereka menunjukkan seolah-olah Zinchenko menyatakan, ‘Kamu akan sertai?’ dengan Rice kemudiannya menjawab ya.
Hal-hal tersebut menyebabkan peminat semakin yakin yang Rice bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.
Adakah Rice akan benar-benar sertai Arsenal pada musim panas ini? bincangkan diruangan komen.