Menang 8 Perlawanan Awal, Esteban Solari Belum Mahu Bermimpi Menang Liga Super

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap masih terlalu awal untuk memikirkan mengenai trofi Liga Super meskipun kini cemerlang dengan lapan kemenangan berturut-turut.

Terbaharu, Kedah Darul Aman menjadi pasukan seterusnya yang tewas besar kepada JDT dengan keputusan 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Nyata, dengan jurang jaringan yang cukup besar diraih JDT dalam lapan perlawanan setakat ini memperlihatkan peluang mereka cukup tinggi untuk menjulang trofi Liga Super sekali lagi buat kali ke-10.

Namun, Solari enggan terlalu memikirkan kejuaraan itu terlalu awal memandangkan perjalanan liga musim ini masih lagi panjang selain mahu barisan pemain sentiasa fokus aksi-aksi yang akan datang dan tetap menghormati pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

“Saya rasa masih terlalu awal untuk bercakap mengenai kejuaraan dan kita dah bermain dengan banyak pasukan yang bagus tetapi kita tetap menampilkan permainan yang cemerlang.

“Kami ingin terus menampilkan permainan yang bagus, meletakkan idea yang betul dan inilah yang kita ingin jangkakan untuk setiap aksi.

“Tidak kira bermain di laman sendiri atau tempat lain, kita sentiasa menghormati lawan dan keutamaannya adalah bagaimana kita menghormati pasukan sendiri.

“Saya nampak perjalanan yang masih jauh dan apa-apa sahaja boleh berlaku dan sekarang kita memang gembira cuma semuanya masih belum pasti lagi (untuk menang trofi),” jelasnya.

Sementara itu, pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain pula mengakui setiap pemain JDT berjaya memberi tekanan kepada anak buahnya terutama pada babak kedua permainan.

Namun, beliau ambil positif dengan kekalahan itu untuknya menilai kembali tahap kemampuan barisan pemain apabila berdepan lawan yang sukar seperti JDT.

“Saya sendiri tidak menjangka kekalahan besar seperti ini tetapi untuk babak kedua, dalam tempoh 10 minit kita melepaskan tiga gol yang mudah di mana itu kesilapan pemain kita sendiri.

“Jadi, mungkin dari situlah yang melemahkan semua pemain untuk bangkit tetapi mereka cuba juga dan kita tahu berdepan JDT bukan satu tugas yang mudah.

“Secara keseluruhan untuk saya, semua posisi perlu berfungsi dengan baik dan perlu memainkan peranan yang betul.

“Jadi malam ini (semalam) saya sendiri boleh nampak dekat mana tahap kita apabila berdepan dengan pasukan bagus seperti JDT dan memang kita kena bekerja keras lagi untuk bersaing,” katanya.

Dengan kemenangan berterusan JDT meletakkan pasukan itu terus gah di takhta Liga Super dengan 24 mata manakala Kedah di kedudukan ketiga dengan 16 mata ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN