Kena ‘Nutmeg’ Punca Mengapa Zinchenko Menangis Di Bangku Simpanan

Oleksandr Zinchenko tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih beliau selepas beliau dilihat menangis teresak-esak diluar padang dan alasan sebalik hal tersebut adalah kerana beliau merasa bersalah.

Peminat agak bingung ketika melihat Zinchenko menangis di tempat duduk pemain simpanan, sebaik beliau dikeluarkan pada hujung-hujung aksi babak kedua permainan.

Kedua-dua Arsenal dan Liverpool terikat 2-2 dalam perlawanan yang dilangsung di Anfield itu dengan pasukan pelawat sebenarnya terlebih dahulu mendahului permainan sebelum The Reds melakukan comeback.

Arsenal hampir sahaja memperoleh kemenangan pertama mereka di Anfield sejak 2012 yang lalu, namun mereka terpaksa akur sekadar membawa pulang satu mata sahaja.

Mendahului 2-0 sebenarnya sudah agak selesa untuk Arsenal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, namun aura Anfield berjaya menaikkan semangat para pemain untuk comeback sebelum wisel penamat dibunyikan.

Babak pertama jelas milik Arsenal dengan barisan pertahanan Liverpool terlalu mudah dilepasi, namun babak kedua sepertinya menjadi milik pasukan tuan rumah.

Liverpool bahkan turut berpotensi untuk menang dalam perlawanan ini, namun dek kerana kegagalan mereka memanfaatkan kesempatan yang ada, mereka terpaksa akur sekadar seri.

Selain kegagalan Mo Salah menyempurnakan sepakan penalti, Liverpool turut terlepas beberapa kesempatan emas untuk menambah jaringan dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-87, Liverpool berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2 dengan Trent Alexander-Arnold cemerlang mengaibkan Zinchenko sebelum menghantar bola kepada Roberto Firmino.

Firmino tenang menjaringkan gol hasil umpanan Arnold itu dan jelas sekali gol tersebut membuatkan Anfield semakin bergempita.

Sebalik kegembiraan Liverpool meraikan gol penyamaan itu, ada seorang pemain Arsenal yang sedang menangis kerana merasa bersalah kepada rakan sepasukannya.

Selepas menjadi mangsa dinutmeg oleh Arnold, Zinchenko telah dikeluarkan oleh Arteta dengan beliau digantikan dengan Kieran Tierney.

Pemain kebangsaan Ukraine itu menangis dari awal beliau berjalan meninggalkan padang hingga ketika beliau duduk di tempat duduk pemain simpanan.

Menurut sumber laporan dari talkSPORT, bekas bintang Manchester City itu sebenarnya menangis kerana beliau merasa bersalah menjadi punca skuadnya gagal mengutip mata dalam perlawanan tersebut.

Zinchenko merasakan beliau punca Arsenal gagal membawa pulang tiga mata, seterusnya menyebabkan peluang Man City untuk mencabar gelaran liga semakin cerah.

Perasaan rasa bersalah kerana membenarkan Arnold menutmeg beliau lalu menyebabkan Liverpool peroleh gol penyamaan menjadi punca mengapa Zinchenko menangis.

Peminat juga sepertinya tidak akan begitu marah kepada beliau kerana Zinchenko merupakan antara pemain terpenting sebalik kejayaan skuad kendalian Mikel Arteta itu.

Piers Morgan sendiri bahkan turut mengagumi pemain pertahanan itu, hingga beliau menyenaraikan nama Zinchenko dalam senarai kesebelasan terbaik sepanjang zaman Arsenal pilihannya.

Dan atas alasan itu jugalah sebenarnya Zinchenko tidak perlu begitu risau dan merasa bersalah kerana peminat tidak akan menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan Arsenal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN