Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir ketika ini terus melobi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya mereka tidak dikenakan hukuman berat, selepas tidak menjadi tuan rumah Piala Dunia bawah 20 (B-20).
Indonesia sebelum itu membuat kejutan, selepas hak mereka selaku penganjur saingan tersebut telah ditarik oleh FIFA, walaupun ia akan berlangsung tidak lama lagi.
9 Implikasi Menimpa Indonesia Jika Berkeras Tidak Terima Israel Di Piala Dunia B-20https://t.co/po1RsfCB4z
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 28, 2023
Keputusan tersebut dibuat selepas isu politik yang melanda negara tersebut bersama salah satu pasukan yang turut bertanding iaitu Israel dan mendapat bantahan ramai daripada penduduk Indonesia.
Pengesahan itu dibuat secara rasmi selepas membabitkan pertemuan antara Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino bersama Erick dalam satu mesyuarat khas yang diadakan.
Ketika ini, Erick menyatakan beliau masih menunggu untuk pertemuan selanjutnya bersama wakil FIFA bagi membincangkan masa depan bola sepak Indonesia.
“Setelah membaca surat kiriman rasmi daripada FIFA, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo segera mengarahkan saya untuk membuat ‘blueprint’ transformasi baharu bola sepak, dan kembali berhubung bersama mereka agar kami tetap menjadi sebahagian daripada badan tersebut.
“Apa yang saya boleh katakan, tindakan Presiden ini supaya bola sepak di Indonesia tidak diabaikan oleh FIFA untuk masa hadapan,” jelas Erick menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Erick juga berharap supaya Indonesia tidak dikenakan hukuman berat seperti yang pernah berlaku kepada negara tersebut pada tahun 2015.
“Pastinya kita tidak mahu dikenakan hukuman berat seperti digantung daripada mengikuti perlawanan skuad kebangsaan serta kelab di pentas antarabangsa. Sehingga kini FIFA masih lagi mengkaji bentuk hukuman buat Indonesia.
“Sekiranya hukuman-hukuman sedemikian dikenakan, ia akan menjadikan ulangan sejarah pada tahun 2015 lalu buat negara ini,” ulas Erick lagi.
Selain Erick, para kejurulatihan serta pemain Indonesia bawah 20 (B-20) antara yang meluahkan rasa tersendiri selepas negara tersebut dibatalkan menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.
Antara yang terkilan pastinya pengendali skuad tersebut iaitu Shin Tae-yong, selepas beliau menganggap segala usaha dibuat selama ini menjadi sia-sia sahaja.
‘Batal Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20’- Pengendali Indonesia Akui Sakit Hatihttps://t.co/Fmyk277jRw
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 31, 2023
Terbaharu, Argentina dilaporkan sebagai negara baharu yang berkemungkinan akan menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Dunia B-20 untuk menggantikan Indonesia.