Rasmus Hojlund yang merupakan penyerang muda meningkat naik Denmark secara terbuka menyatakan diri beliau selaku salah seorang peminat setia Manchester United.
Ketika ini, beberapa kelab gergasi termasuk United dilaporkan antara yang menunjukkan rasa minat untuk mendapatkan Hojlund, kerana prestasi semasa beliau sangat luar biasa.
🇩🇰 In his first starts for Denmark, Rasmus Hojlund scored 5 goals, 100% of their goals in Euro qualifying so far.
🗣 He said in January: "Now that you ask, I will not hide the fact that I am a huge Manchester United fan.” 👀
Erik Ten Hag's new 20-year-old superstar 🤔 pic.twitter.com/MifHBLhzJe
— GiveMeSport (@GiveMeSport) March 26, 2023
Baru-baru ini Hojlund berjaya menggegarkan arena bola sepak dunia, selepas meledak lima gol daripada dua perlawanan bersama Denmark dalam siri kelayakan UEFA EURO ketika berdepan Finland dan Kazakhstan.
Pada awal tahun ini, Hojlund pernah menyatakan beliau merupakan sebahagian daripada peminat setia gergasi England tersebut sejak sekian lama.
“Selepas kamu tanya saya, pastinya saya tidak akan menyembunyikan rasa minat diri ini yang saya merupakan peminat setia Manchester United.
“Secara peribadi, pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat besar dalam hidup menyertai pasukan tersebut, tetapi itu tidak bermakna saya tidak akan menyertai mana-mana kelab lain jika mendapat tawaran menarik,” jelas Hojlund menerusi Sportbible.
United dikhabarkan telah memantau pemain ini sejak beberapa bulan, selepas melihat prestasi Hojlund yang sangat konsisten bersama kelab serta negara musim ini.
Malah, pengendali United iaitu Erik ten Hag juga dilaporkan menunjukkan rasa minat tersendiri mengenai penyerang tersebut yang memenuhi segala kehendak diperlukan oleh kelab.
Selain United, beberapa kelab gergasi lain lagi seperti Arsenal serta Real Madrid juga menunjukkan rasa minat mengenai perkembangan semasa Hojlund selaku penyerang muda berbakat besar.
Selepas menyertai saingan Serie A bersama Atalanta dengan nilai perpindahan sebanyak £15 juta, Hojlund tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri setelah meledak lapan gol daripada 23 perlawanan.
Menurut laporan lain, nilai semasa Hojlund dilaporkan telah meningkat sekitar £23-£31 juta dan sudah tentu banyak lagi pasukan lain turut menyimpan minat untuk mendapatkan beliau.
Bercakap tentang Hojlund, pemain ini juga disifatkan oleh jurulatih Atalanta iaitu Gian Piero Gasparini seperti penyerang utama Manchester City iaitu Erling Haaland.
Rasmus Hojlund – This 19 year old is better than Haaland. @ManUtd Over to you.
pic.twitter.com/TdkH69JkeM— ' (@TheShowtimeReds) March 25, 2023
“Ciri-ciri yang ada pada Hojlund sama seperti Haaland, terutama sekali menerusi daya pecutan kedua pemain ini di atas padang.
“Beliau merupakan seorang pemain yang sangat pantas dan dibuktikan menerusi catatan masa bawah 11 saat ketika memecut sejauh 100 meter.
“Saya yakin Hojlund akan memiliki perjalanan karier yang bagus. Secara teknikal, dia sentiasa pamerkan kelainan serta sesuatu yang baik,” jelas beliau.