Penyokong Celtic ‘Koyak’ Kena Nganjing Dengan Steven Gerrard Di Anfield

Penyokong Celtic koyak teruk selepas mereka diusik oleh legenda Liverpool, Steven Gerrard ketika aksi perlawanan amal yang menemukan legenda kedua-dua pasukan itu di Anfield.

Steven Gerrard sepertinya benar-benar menikmati perlawanan amal tersebut dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang beliau seolah-olah melepas geram terhadap penyokong seteru bekas kelabnya.

Legenda Liverpool yang juga merupakan bekas pengurus musuh tradisi Celtic, Rangers itu memilih untuk menganjing para penyokong lawan walau ia hanyalah sekadar perlawanan amal.

Gerrard membuka tirai jaringan dalam perlawanan tersebut dan beliau meledak gol betul-betul dihadapan para penyokong Celtic yang ada di Anfield.

Memikirkan penyokong Celtic ada di hadapannya, jelas sekali Gerrard tidak mensia-siakan kesempatan yang ada dengan beliau meraikan gol tersebut dengan menganjing para penyokong pasukan pelawat.

Pemain midfield itu berlari ke sudut padang dan meraikan gol jaringan beliau itu dengan menganjing para penyokong Celtic dan jelas sekali hal tersebut tidak diterima dengan baik oleh penyokong pelawat.

Walaupun perlawanan tersebut sekadar perlawanan amal, namun tindakan Gerrard itu membuatkan penyokong lawan koyak dengan mereka mula melontarkan objek masuk ke padang.

Apa yang lebih teruk lagi, insiden tersebut bukanlah satu-satunya insiden yang melibatkan Gerrard dengan penyokong Celtic dalam perlawanan ini dengan mereka sepertinya saling tidak suka antara satu sama lain sepanjang perlawanan tersebut.

Ketika aksi babak kedua, dengan Liverpool menyerang di hadapan The Kop, Gerrard tampil untuk mengambil sepakan sudut yang berjaya dimenangi oleh The Reds.

Sebelum mengambil sepakan sudut tersebut, legenda Liverpool itu perasan yang ada segelintir penyokong Celtic sedang duduk di tempat duduk khas penyokong dan beliau jelas sekali tidak gembira tentang hal tersebut.

Bekas ketua pasukan The Reds itu dilihat menunjukkan isyarat menghalau penyokong Celtic agar meninggalkan tempat tersebut dan beliau melakukan hal tersebut berulang-ulang kali.

Beliau kemudiannya ditenangkan oleh para penyokong Liverpool yang bersorak kuat untuknya.

Jelas sekali Gerrard sengaja menganjing penyokong Celtic dan beliau ada sebab mengapa melakukan hal tersebut walau ia hanya sekadar perlawanan amal.

Satu hal yang pasti, ia berkait dengan sejarah beliau pernah mengurus Rangers dan kedua-dua pasukan itu merupakan musuh tradisi di pentas bola sepak Scotland.

Gerrard sebelum ini pernah mendakwa yang the Old Firm Derby antara Celtic dan Rangers sebenarnya lebih besar dari perseteruan antara Liverpool dan Everton.

“Yeah, kerana Liverpool sudah ada United sebagai seteru.”

Jelas Steven Gerrard.

“Mereka sekarang sudah ada City dan Chelsea menjadi pasukan seteru. Di sini, Celtic bertemu Rangers, dan itu hanya satu.”

“Setiap sidang media, setiap jalan yang kamu lalui, setiap pasaraya. Ia hanya Celtic vs Rangers. Kemudian, ketika kamu berbicara tentang sudut pandangan politik, ia bahkan bakal menjadi lebih panas lagi.”

“Kedua-dua atmosphere adalah, erm saya boleh katakan, sangat sensasi. Sungguh luar biasa. Saya hampir katakan kepada diri saya sendiri, ‘Adakah saya patut pergi berseteru dengan mereka berbanding Amerika?’ Tapi saya mungkin memilih untuk berseteru dengan Amerika atas alasan berbeza.”

Kata-kata Gerrard itu jelas terbukti selepas melihat bagaimana penyokong Celtic koyak teruk dengan legenda Liverpool itu sepanjang perlawanan tersebut.

Seperti yang dinyatakan di atas, walau ia hanya perlawanan persahabatan, namun penyokong Celtic bertindak seolah-olah ia perlawanan kompetetif yang melibatkan skuad utama mereka.

Boleh dikatakan agak kerap juga untuk melihat penyokong pasukan lawan melempar objek ke arah pemain sepanjang perlawanan tersebut dan jelas sekali hal itu berlaku kerana mereka koyak dengan Steven Gerrard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN