Aksi Liga Super 2023 terus bersambung dengan salah satu perlawanan tumpuan membabitkan pertemuan antara Penang menentang Selangor di Stadium Bandaraya malam ini.
Kelebihan beraksi di laman sendiri jelas pastinya ingin digunakan Penang sebaik mungkin untuk meraih tiga mata pertama mereka musim ini, selepas hampa tiga perlawanan tanpa kemenangan.
🔴𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑𝐃𝐀𝐘!!!🟡
Perlawanan #LigaSuper2023 petang ini akan sepak mula seawal pukul 5:30PM antara #GergasiMerah dan Penang FC di Stadium Bandaraya! Ayuh #GergasiMerah berjuang Demi Kebanggaan! ❤️💛#MKLK#KitaSelangor#LigaMalaysia2023 pic.twitter.com/kQxcT8oIck
— Selangor FC (@selangorfc) March 12, 2023
Momentum kejayaan mereka menewaskan Kedah sebelum itu dalam aksi Piala FA pastinya ingin dipertahankan menerusi motivasi pemain yang dilihat berada dalam keadaan terbaik kini.
Namun, Selangor dilihat bukan lawan yang mudah untuk dihadapi Penang walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri jika dilihat daripada prestasi semasa mereka.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe pastinya ingin menebus kekalahan pada saingan pramusim lalu iaitu final Piala Harapan selepas mereka tewas di tangan Penang yang berlangsung di Stadium Negeri.
Menerusi perlawanan akan berlangsung hari ini, kedua pasukan masing-masing mempunyai pemain tumpuan yang akan memberi peranan penting dan meninggalkan impak sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
Faisal Halim (Selangor)
Kelincahan tonggak kebangsaan ini tidak boleh dipertikaikan lagi selepas Faisal muncul selaku antara pemain tempatan paling mencuri tumpuan musim lalu.
Bersama Selangor Faisal mungkin belum menemui gol pertama beliau musim ini, namun kelebihan dipamerkan dirinya di atas padang jelas masih sangat menonjol di posisi serangan.
💥 Yazan Al-Arab dan Faisal Abdul Halim bergabung untuk gol pembukaan di Stadium MBPJ!#LigaSuper2023 pic.twitter.com/cPrHh6kxnL
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 26, 2023
Daripada tiga perlawanan dihadapi sebelum itu, Faisal telah pun menghasilkan tiga bantuan jaringan buat Selangor dan sentiasa memberi ancaman besar buat pertahanan lawan.
Kelebihan beliau dari segi kualiti gelecekan serta kreatif mencipta hantaran dalam petak penalti jelas tidak boleh dinafikan lagi sejak beberapa musim ini.
Pastinya pertahanan Penang menyedari kualiti dimiliki Faisal sebagai salah satu kunci utama serangan Selangor, dan perlu memikirkan cara untuk menyekat kemaraan beliau.
Hein Htet Aung (Selangor)
Pemain serangan import Selangor ini juga memiliki reputasi yang sangat baik buat pasukan tersebut dalam beberapa perlawanan awal Liga Super menerusi sumbangannya di hadapan gol.
Hein juga memiliki keupayaan seperti Faisal daripada segi kualiti kelincahan dan sangat kreatif untuk melepaskan bola buat penyerang utama pasukan menjaringkan gol.
71' GOL | Selangor memecahkan kebuntuan di Kuching menerusi Hein Htet Aung!@sufc_rasmi 0-1 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/q7eA7iTxjb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Kualiti kawalan bola beliau yang sangat baik dari sebelah tepi menjadikan pertahanan lawan sering bermasalah untuk menghentikannya dan sehingga kini, Hein sudah pun mencatat satu bantuan jaringan buat Selangor.
Adriano Narcizo (Penang)
Musim ini jelas ada sesuatu perubahan positif telah dibawa oleh Penang menerusi pemain-pemain baharu ditandatangani, dan salah seorangnya ialah Adriano Narcizo.
Bekas pemain serangan Melaka United ini menjadi nadi utama buat Penang dalam merencana sebarang gerakan di bahagian tengah dan Adriano sangat konsisten sejak aksi pramusim lalu bersama kelab baharunya.
51' GOL | Adriano melepaskan rembatan tepat ke sudut atas gawang!@MelakaUnitedFC 2-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/iu2ITZvBeD
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2022
Adriano memiliki kekuatan fizikal yang sangat baik untuk tidak melepaskan bola dengan mudah buat pemain lawan, kualiti gelecekan, serta mampu mencetuskan serangan berbahaya untuk dihadapi pasukan lawan.