Liga Super: Biarpun Guna Anak Mark Schwarzer, Kuching City Tetap Gagal Sekat Sabah

Sabah meneruskan konsistensi mereka dalam saingan Liga Super 2023, selepas mereka berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut, dengan menjadikan Kuching City pula sebagai mangsa.

Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Negeri, jelas Sabah menerima tentangan hebat daripada tuan rumah iaitu Kuching City sepanjang 90 minit aksi berlangsung sebelum mengesahkan kemenangan 2-1.

Walaupun kali ini penjaga gol Kuching City dikawal oleh Julian Garcia Schwarzer yang merupakan anak kepada legenda pemain Australia iaitu Mark Schwarzer, mereka gagal untuk mempertahankan diri daripada dibolosi.

Dua jaringan Sabah berjaya diledak menerusi Saddil Ramdani dan Telmo Ferreira Castanheira, serta jaringan tunggal tuan rumah dihasilkan oleh penyerang handalan Kuching City iaitu Abu Kamara.

Awal perlawanan menyaksikan kedua pasukan seimbang menyusun gerakan dengan intensiti permainan ditampilkan agak perlahan ketika ini menerusi bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Pertahanan Kuching City iaitu Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning pada minit ke-6, selepas kekasaran dibuat beliau kepada Darren Lok.

Selepas 10 minit permainan berlangsung, aksi ditampilkan semakin rancak dengan banyak gerakan-gerakan menarik terhasil, terutama sekali menerusi tuan rumah, Kuching City.

Akhirnya Sabah terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-24, selepas penyerang tersebut berjaya mendapat ruang yang baik untuk melepaskan satu percubaan deras.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Kuching City cuba bangkit menerusi beberapa siri serangan dicipta, termasuk satu percubaan tepat yang dilepaskan Abu Kamara sebelum ditangkap oleh Damien Lim.

Memasuki minit akhir separuh masa pertama, Kuching City masih lagi buntu untuk mendapatkan gol penyamaan mereka, walaupun ada gerakan menarik dicipta.

Sabah pula, mereka jelas lebih konsisten untuk menguasai permainan serta tenang di menyerap asakan lawan sebelum mencari ruang serangan.

Sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan, tampil penyerang terbaik Kuching City iaitu Abu Kamara untuk menyamakan kedudukan pada masa tambahan.

Bersambung di separuh masa kedua, Kuching City meningkatkan lagi momentum permainan mereka untuk cuba mendapatkan gol kedua bagi menjarakkan kedudukan semasa.

Sabah sekali lagi berjaya mendahului perlawanan dengan kali ini mereka berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Telmo Castanheira pada minit ke-58 setelah ada situasi kelam kabut berlaku di hadapan gawang gol Kuching City.

Keputusan perlawanan kekal tamat sehingga wisel ditiupkan oleh pengadil dengan ianya memihak kepada Sabah untuk meraih tiga mata mereka di gelanggang lawan, selepas mengatasi Kuching City menerusi keputusan penuh, 2-1.

Kesebelasan utama

Kuching City: Julian Garcia Schwarzer (Penjaga gol), Sirojiddin Kuziev, Abu Kamara, Rames Lai Ban Huat, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Zahrul Nizwan Joe Kifli @ Zulkeflee, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, Aylton Ferreira Ananias (Kapten), Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa

Sabah: Damien Lim Chien Khai (Penjaga gol), Gabriel Schmegel Wotter Peres, Daniel Sang Ting, Taesu Park (Kapten), Telmo Ferreira Castanheira, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Darren Yee Deng Lok, Dominic Tan Jun Jin, Saddil Ramdani, Muhammad Irfan Zakaria, Jailton Lourenco da Silva

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN