VIDEO: Ratusan Penyokong Kedah Tunggu Pengadil Di Luar Stadium

pengadil Kedah PDRM penyokong tunggu

Berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian di Twitter, dapat dilihat mungkin ratusan penyokong Kedah Darul Aman berkumpul dan menanti pengadil perlawanan sejurus kekalahan, malam tadi.

Kedah tewas buat kali pertama, tumbang 0-1 kepada PDRM FC dalam aksi ketiga Liga Super 2023 yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman.

Jaringan tunggal Bruno Suzuki sudah cukup untuk menamatkan dua kemenangan berturut-turut Kedah dan menariknya di halaman lawan.

Sebelum ini Kedah menang 4-1 ke atas Perak FC dan kemudian meraih kemenangan berharga ke atas Terengganu FC dengan keputusan 1-0.

Jangkaan awal untuk perlawanan berdepan The Cops adalah kemenangan besar sebelum aksi babak pertama berakhir tanpa jaringan. Ia tidak memberi gambaran yang mereka akan melalui malam yang indah lagi.

Majoriti penyokong Kedah jika ditanyakan sebelum perlawanan jangka PDRM akan terduduk di Darul Aman. PDRM tewas 0-4 kepada Sabah FC diikuti terikat tanpa jaringan menentang Perak FC. Anggapan mereka, lawan ini mudah untuk diratah dan direnyuk tatkala bermain di Alor Setar nanti.

Namun, segalanya tidak berpihak kepada mereka. Adakah benar pengadil yang menjadi punca kepada segala kekusutan perlawanan malam tadi?

Kita boleh melihat kepada kenyataan penolong jurulatih Kedah, Victor Andrag di sidang media yang mengatakan desakan memburu gol menjadi punca permainan mereka tidak teratur. Ini bermaksud yang Kedah tidak bermain seperti kebiasaan dan ini yang memberi tekanan kepada mereka.

Emosi mungkin faktor lain, tetapi desakan dalam diri pemain memburu gol menyebabkan sedikit sebanyak permainan kita tidak teratur pada malam ini. Sebab semua pemain mahu mencari gol,” jelasnya ketika sesi sidang media.

Tekanan ini turut terkena tempiasnya kepada penyokong apabila mereka juga gagal membendung gelojak emosi selepas perlawanan itu tamat.

Mereka dilihat berkumpul dan mengepung pintu masuk ke stadium, barangkali untuk menanti kelibat pengadil perlawanan, Azizan Saat Ariffin,

Jelas mereka tidak berpuas hati dengan dua layangan kad merah ke atas Manuel Ott dan pengendali, Nafuzi Zain selepas sejam aksi berlangsung. Bagi mereka, pengadil adalah punca kepada kekalahan kerana The Cops mencipta jaringan selepas pasukan kehilangan kedua-dua individu itu.

Kedah wajar menyalahkan diri sendiri dek kerana melepaskan deretan peluang yang dimiliki sejak awal permainan yang mengundang tekanan.

Ott menerima arahan keluar padang daripada pengadil selepas didapati menumbuk pemain PDRM apabila pemain itu cuba melengahkan sepakan percuma yang diperolehi Kedah dengan tidak memberi bola kepadanya.

Drama berlanjutan pula dengan situasi di mana Nafuzi dilihat menghampiri dan memeluk pengadil ke-4 – difahamkan cuba berkomunikasi dengan pengadil di padang menggunakan interkom yang ada pada pengadil ke-4.

Ada pula cerita mengatakan beliau dilihat mencekik pengadil tersebut.

Berikutan tindakannya itu, Nafuzi terus menerima layangan kad merah.

Sebahagian penyokong Kedah tidak mampu menahan amarah membuak terhadap pengadil inilah yang akhirnya menanti di depan stadium.

Kedah harus melupakan insiden ini kerana mereka bakal membuka pentas pusingan pertama Piala FA 2023 pada Rabu berdepan Penang FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN