Irfan Bakti Malu Besar Kuching City Dibelasah Selangor

Irfan Bakti

Pengendali Kuching City, Irfan Bakti mengakui yang beliau sebenarnya malu dengan persembahan anak-anak buahnya selepas dibelasah Selangor semalam.

Tumbang 0-5 kepada Selangor pada aksi pertama Liga Super di laman sendiri musim ini, Irfan jelas kecewa apabila pasukannya gagal memberikan cabaran kepada Gergasi Merah yang berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut.

Bagi Irfan, kekalahan yang diperoleh mereka berpunca daripada kelekaan barisan pertahanan yang terlalu kerap hanya memerhatikan saja pergerakan bola tanpa memberikan respon kepada serangan yang dilakukan Selangor.

Perkara ini telah menyebabkan Selangor terlalu mudah bermaharajalela di kawasan mereka sehingga Norazlan Razali terpaksa mengutip bola sebanyak lima kali dari gawangnya.

“Pada saya, ianya satu kekalahan yang memalukan.

“Pemain-pemain saya perlu bangkit dan jangan jadi pemerhati bola [ball watcher] sahaja,” kata Irfan selepas perlawanan.

Walaupun begitu, Irfan mengakui yang walaupun mereka dibelasah, namun Kuching tetap mempelajari sesuatu daripada aksi semalam.

“Bagaimanapun, inilah pengalaman buat kami yang beraksi di dalam Liga Super,” tambah Irfan lagi.

Untuk rekod, aksi menentang Selangor semalam dekat Stadium Negeri adalah aksi pertama Liga Super di laman sendiri dalam sejarah Kuching City.

Dengan penyokong tuan rumah diberikan tiket masuk percuma sempena meraikan detik bersejarah itu, keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka apabila pasukan pelawat terlalu mudah memperoleh tiga mata.

Noor Al-Rawabdeh menjaringkan dua gol sambil Ayron del Valle turut menghasilkan jaringan kompetitif pertamanya untuk Selangor.

Danial Asri dan Brendan Gan juga turut menyertai senarai penjaring.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN