Liga Super: Padang Teruk Pun Tetap KL City Kempunan Nak ‘Makan’ JDT

JDT KL City Liga Super

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Kuala Lumpur (KL) City di atas padang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang dikatakan teruk dengan keputusan 3-0.

Walaupun dengan cuaca hujan lebat sepanjang hari yang menyebabkan padang basah, ia nampaknya tidak memberi terlalu banyak kesan terhadap rentak permainan JDT yang jelas lebih banyak memdominasi penguasaan bola.

Gol pertama hanya hadir pada minit ke-41 selepas Romel Morales yang diberi tekanan oleh Jordi Amat tertampan bola masuk ke gawang sendiri untuk memberikan pendahuluan buat JDT.

Jordi Amat berpeluang untuk menambah jaringan pada penghujung babak pertama, namun Kevin Mendoza lebih bersedia untuk menafikan tandukan Jordi Amat yang tepat ke arah gol.

Hanya tujuh minit selepas babak kedua bermula, JDT menggandakan kelebihan menerusi Endrick dos Santos yang merebahkan badannya untuk menyambar hantaran Fernando Forestieri dengan tandukan terbang yang cukup sempurna.

Meskipun selesa mendahului dua gol, tiada tanda-tanda pasukan pelawat mahu mengendurkan asakannya dan terus melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu KL City.

Namun segalanya berubah apabila KL City membuat empat pertukaran serentak pada minit ke-68 dan mula menghasilkan beberapa percubaan berbahaya termasuk rembatan Paulo Josue yang hanya tersasar sedikit sahaja di sisi tiang.

Gandingan dua pemain muda menjadi penyumbang gol ketiga JDT apabila Ramadan Saifullah membuat larian di sebelah kanan sebelum melintangkan bola tepat ke arah Arif Aiman yang sudah menunggu di hadapan gol untuk melepaskan rembatan kencang menewaskan Kevin Mendoza.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan skuad kendalian Esteban Solari meraih kemenangan kedua bagi mengekalkan rekod 100% musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN