Tampil dengan persiapan sedikit hambar musim 2023, menyaksikan Negeri Sembilan sebagai salah satu pasukan tumpuan pada malam ini bagi berdepan Sri Pahang.
Berkelebihan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman, pastinya skuad kendalian K. Devan tidak rela diratah pasukan pelawat dan mengimpikan tiga mata penting.
Musim ini menyaksikan Negeri Sembilan hanya mendaftarkan empat pemain import sahaja serta tidak banyak gambaran positif diberikan sepanjang aksi pramusim berlangsung.
Berbanding pasukan lawan iaitu Sri Pahang yang dilihat tampil lebih bersedia dengan menjalani perlawanan tertutup di Thailand bersama beberapa kelab handalan untuk mencabar kejuaraan musim 2023.
Hari perlawanan LS1!
Selangor FC 🆚 Kelantan United FC | 📺 Astro Arena 803 dan Astro GO
Negeri Sembilan FC 🆚 Sri Pahang FC | 📺 TV OKEY dan Sukan RTM#LigaSuper2023 pic.twitter.com/ZIUoG1FvtE— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 26, 2023
Jangkaan perlawanan pastinya akan tampil sengit dengan kedua-duanya pasti mempunyai objektif yang sama untuk memperoleh kemenangan pada aksi pertama Liga Super.
Daripada 22 pemain yang akan beraksi di atas padang malam esok, ada tiga daripadanya dijangka bakal mencuri tumpuan untuk tampil menonjol bersama kelab masing-masing.
Herold Goulon (Negeri Sembilan)
Pertahanan import Negeri Sembilan ini mengharungi musim kedua beliau bersama pasukan tersebut, setelah tampil begitu cemerlang pada tahun lalu dalam setiap perlawanan dihadapi.
Goulon boleh dianggap sebagai kunci utama kekuatan Negeri Sembilan kerana beliau memiliki kelebihan untuk beraksi di posisi pertahanan serta kreatif di bahagian tengah untuk mengawal tempo permainan.
Ada kemungkinan besar beliau akan lebih banyak beraksi di posisi tengah dan memberi ruang buat rakan sepasukan dari Singapura iaitu Safuwan Baharudin di pertahanan bersama Nasrullah Haniff Johan.
85' GOL | Herold Goulon kembali meletakkan Negeri Sembilan di depan!
@nsfc1923 3-2 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/JlDGYVv0tr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 9, 2022
Kualiti kawalan bola yang kemas bersama kreativiti mencorakkan permainan di bahagian tengah menjadikan Goulon sebagai suatu aset penting buat K. Devan sejak musim lalu.
Malah jangan dilupakan juga, Goulon antara pemain pertahanan yang sangat aktif dan tajam dalam situasi bola mati untuk menjaringkan gol.
Musim lalu menyaksikan pertahanan ini berjaya meledak enam gol secara keseluruhan buat pasukan tersebut untuk membuktikan dirinya juga sangat tajam di hadapan gawang gol.
Sergio Aguero (Sri Pahang)
Pemain naturalisasi ini secara rasminya dilantik selaku kapten Sri Pahang pada musim ini berdasarkan pengalaman serta kualiti dimiliki beliau untuk mengemudi pasukan di atas padang.
Aguero jelas menjadi nilai tambah buat Sri Pahang pada musim ini di posisi tengah serta serangan berdasarkan kualiti dimiliki beliau sebelum itu telah pun terbukti.
24' Gol | Sergio Aguero menyudahkan sepakan penalti ini untuk gol penyamaan Perak!@peraktbgmy 1-1 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/6EPcCPSbzz
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 30, 2021
Menerusi kelincahan beliau dalam mengawal bola serta tajam di hadapan gol, pastinya kualiti Aguero ditagih oleh Fandi Ahmad untuk beraksi cemerlang sama seperti dirinya bermain untuk Harimau Malaya tahun lalu.
Kpah Sherman (Sri Pahang)
Penyerang import prolifik ini tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut lagi kerana semua penyokong bola sepak tempatan sudah pun mengenali beliau menerusi kualiti ketajaman dipersembahkan Sherman.
Sherman menjadi antara watak penting buat Terengganu pada musim lalu, selepas beliau berjaya membawa pasukan tersebut untuk mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022.
89’ GOL | Kpah Sherman menjaringkan gol ketujuh peribadinya dalam saingan #TMPialaMalaysia2022!@FCTerengganu 3-1 @KLCityFootball pic.twitter.com/1XjJKVeBnF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Malah, penyerang kebangsaan Liberia itu juga dinobatkan selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia selepas beliau bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva masing-masing meledak tujuh gol secara keseluruhan.