ANALISIS: Transisi Serangan Pantas Kuching City Yang Menghancurkan Kelantan

Kuching City memulakan kempen Liga Super Malaysia dengan langkah kanan apabila membenam pasukan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Beraksi di hadapan lebih 5000 orang penyokong yang membanjiri stadium keramat pasukan ‘The Red Warriors’, Kelantan terlebih dahulu mendahului permainan menerusi Miguel Angel pada minit ke-51, setelah mereka bijak mengambil kesempatan di atas kealpaan pemain pertahanan Kuching City.

Namun, Kuching City melakukan kebangkitan sensasi apabila duo penyerang import mereka iaitu Sudi Abdullah dan Abu Kamara masing-masing meledak 1 gol untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan bimbingan Haji Irfan Bakti Abu Salim yang melakukan debut kempen Liga Super Malaysia buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Meskipun Kelantan beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri serta mendahului permainan, mereka gagal mengekalkan kejituan struktur pasukan yang membolehkan pasukan pelawat menghukum mereka menerusi transisi serangan yang pantas.

Isu kejituan struktur Kelantan (Team cohesion)

Kelantan gagal menyediakan struktur ideal bagi menghentikan transisi serangan pasukan lawan ketika mereka sedang berada dalam fasa serangan. Isu ini jelas kelihatan ketika jaringan penyamaan Kuching City menerusi Sudi Abdullah.

Gambar di atas menunjukkan detik-detik awal sejurus sebelum Kuching City berjaya menyamakan kedudukan.

Ketika sedang mengatur gerakan serangan, terdapat 6 pemain Kelantan melakukan óverloading’ di bahagian ‘wide area’.

Sentuhan pertama yang tidak kemas daripada penyerang import Kelantan, Nuha Marong membolehkan Kuching City merampas semula penguasaan bola.

Serta melebarkan permainan kepada pemain pertahanan kanan Kuching City, Arham Khussyairi.

‘Wide overloading’yang dilakukan oleh pemain Kelantan membuka ruang yang besar buat Arham, dan pemain pertahanan kanan Kuching tersebut menyerang ruang tersebut, sekaligus membolehkan kuching membawa bola keluar daripada kawasan ‘defending third’ ke bahagian ‘middle third’.

Pemain-pemain Kelantan bergelut untuk mengatur semula struktur bertahan mereka ekoran transisi serangan pantas yang dilakukan oleh Kuching City, sekaligus membuka ruang buat Abu Kamara yang berada di bahagian poket ruang.

Serta memberikannya ruang dan masa yang mencukupi untuk melakukan kombinasi permainan bersama Sudi Abdullah.

Bagi menghasilkan gol penyamaan Kuching City.

Jerat Tekanan Kuching City

Kelantan yang memulakan perlawanan ini dengan formasi 1-3-5-1-1 sentiasa memperoleh kelebihan dalam aspek bilangan pemain di fasa awal serangan apabila 3 pemain pertahanan mereka akan melebarkan kedudukan untuk memecahkan garisan tekanan Kuching City.

Seakan menyedari mereka sukar untuk memenangi semula penguasaan bola menerusi ‘high pressing’. Kuching City lebih memilih untuk menunggu di bahagian tengah dan menyusun blok pertahanan mereka secara 4-4-2 ‘mid-blocks’, di mana garisan tekanan yang diketuai oleh gandingan Abu Kamara-Sudi Abdullah akan melakukan ‘shadow defending’ bagi menutup akses pemain Kelantan kepada pemain ‘pivot’mereka, iaitu Mario Arques.

Abu Kamara dan Sudi Abdullah akan melakukan penggiliran dalam melakukan çurved run’ bagi menghalakan permainan Kelantan ke bahagian ‘wide area’, di samping memberi kawalan ketat kepada Mario Arques.

Apabila permainan menghala ke bahagian ‘wide area’, pemain-pemain Kuching City bijak dalam menutup ‘passing lanes’, serta melakukan kawalan secara ‘man markings’bagi melemaskan pemain-pemain lawan.

Situasi tersebut membataskan pilihan hantaran pemain Kelantan, mengakibatkan pemain ‘wing-backs’Kelantan, Eui Chan Kang terpaksa melakukan ‘backpass’ kepada Mario Arques, di mana pemain-pemain Kuching City sudahpun bersedia dengan ‘pressing traps’mereka.

Bagi membolehkan Kuching City berjaya merampas semula penguasaan bola di ádvance area’.

Sekaligus membantu Kuching City untuk menjaringkan gol kemenangan mereka menerusi Abu Kamara.

Penutup

Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk mengutip 3 mata maksimum dalam perlawanan ini.

Mereka harus memperbaiki masalah ‘team cohesion’yang dihadapi oleh mereka dalam perlawanan ini sebelum menghadapi aksi Liga Super seterusnya menentang Sri Pahang, di Stadium Darul Makmur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN