Negeri Sembilan tampil dengan persiapan baharu yang dilihat sangat sederhana berbanding kelab lain, selepas ketika ini mereka hanya menandatangani tiga khidmat import.
Perkara ini dilihat sedikit menggusarkan para penyokong Negeri Sembilan, selepas pasukan-pasukan lain tampil dengan serba menyakinkan daripada segi persiapan mereka.
Aksi perlawanan persahabatan menentang Selangor FC.
Negeri Sembilan FC tewas 3 – 1 kepada tuan rumah , Selangor FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Gol tunggal Negeri Sembilan FC telah dijaringkan oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-77. pic.twitter.com/DcESRBsyAb
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 16, 2023
Malah, pasukan-pasukan yang buat pertama kali beraksi dalam aksi Liga Super musim ini seperti Kelantan United dan Kuching City hadir dengan persediaan lebih menyakinkan untuk tampil memberi persaingan sengit.
Perkara ini mencetuskan rasa bimbang buat pengendali utama pasukan iaitu K. Devan setelah beliau melihat sendiri sebarang kemungkinan berlaku ketika saingan liga telah pun bermula.
Disebabkan itu, adalah sesuatu yang wajar difikirkan semula oleh pihak pengurusan mengenai kuota import baharu jika mereka mahu mengelak daripada sebarang keputusan negatif nanti.
Malah, Devan juga tidak menolak langsung sekiranya pasukan dikendalikan beliau ketika ini mendapat peluang untuk menambah tenaga import baharu bagi memperkuatkan pasukan.
Ia merupakan sesuatu yang sangat munasabah untuk difikirkan Devan ketika ini kerana beliau pastinya tidak mahu Negeri Sembilan menjadi ‘lubuk’ kemenangan buat pasukan lain dalam setiap perlawanan.
GOULON STAYS 👊🏼👊🏼
Pemain pertahanan, Herold Goulon kekal bersama skuad Jang untuk musim ini.
Goulon menyertai Negeri Sembilan FC pada musim lepas dan berjaya menjaringkan 6 gol untuk pasukan. pic.twitter.com/qD565PjJqF
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 16, 2023
“Bagi saya, kita perlukan import untuk bersaing dengan pasukan elit lain dalam Liga Super. Rata-rata pasukan ada lebih kurang lapan atau sembilan import dan pastinya ia akan beri kelebihan kepada kelab berkenaan.
“Semalam kita dapat lihat KL City boleh ganti pemain import dan pastinya ia boleh merubah perlawanan. Jadi saya rasa kalau kita mahu bersaing, kita kena ada enam atau tujuh import.
“Saya sudah buat cadangan keperluan pasukan, namun segalanya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan.
“Kalau pengurusan mampu dari segi kewangan, mungkin kita akan tambah pemain import,” jelas Devan menerusi aplikasi Shootz.
Ketika ini, Negeri Sembilan sah menandatangani khidmat tiga pemain import sahaja dengan pasukan tersebut turut mengekalkan tonggak pertahanan musim lalu iaiti Mark Herold Goulon.
ANNOUNCING OUR NEW SIGNING, LEVY CLEMENT MADINDA 🟡⚫🔴
Levy Madinda akan beraksi bersama Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia 2023.
Levy bukanlah nama asing dalam saingan Liga Malaysia. Beliau pernah beraksi bersama pasukan Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim FC. pic.twitter.com/rxMimEomIN
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 15, 2023
Dua lagi bintang import ialah Levy Madinda yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini serta penyerang baharu mereka iaitu Ezechiel Ndouasel.