Saat ramai penyokong Indonesia gembira dengan perpindahan terbaharu pemain bintang muda mereka iaitu Marselino Ferdinan ke Belgium, tampil pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong dengan pendapat sebaliknya.
A̵n̵n̵o̵u̵n̵c̵e̵ ̵M̵a̵r̵s̵e̵l̵i̵n̵o̵ ̵F̵e̵r̵d̵i̵n̵a̵n̵ !
𝙈𝙖𝙧𝙨𝙚𝙡𝙞𝙣𝙤 𝙁𝙚𝙧𝙙𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙣𝙤𝙪𝙣𝙘𝙚𝙙 🫡🇮🇩 pic.twitter.com/babPZp5Tyz— KMSK Deinze (@KMSKDeinze) February 1, 2023
Menurut Shin, keputusan Marselino berhijrah lebih awal ke Belgium ketika ini dianggap sebagai suatu langkalh yang sangat terburu-buru dalam kariernya yang masih muda.
Ini kerana, pengendali dari Korea Selatan itu menganggap nilai pemain tersebut mungkin akan lebih bertambah selepas saingan Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung di Indonesia itu berakhir.
Saingan Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung pada bulan Mei di Indonesia itu akan membabitkan banyak negara besar serta pastinya dihadiri oleh pencari-pencari bakat berpotensi.
Untuk menaikkan karier Marselino, pengendali tersebut mengakui akan menjadikan bintang muda tersebut selaku pemain utamanya sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Ketika ini, Marselino secara rasminya menyertai saingan divisyen kedua di Belgium bersama KMSK Deinze dengan kontrak selama satu musim setengah.
Asisten pelatih Timnas U-20 Indonesia, Nova Arianto meminta Marselino Ferdinan pulang ke Indonesia.
"Ya kita lihat situasi Marselino di sana, ttp harapannya Marselino bisa secepatya bergabung ke Timnas (ikut TC) karena Piala Asia U-20 2023 akan segera dimulai," ujar Nova
Hmm☺️ pic.twitter.com/5SOjZTVATX
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) February 8, 2023
Jelas Shin, nilai pasaran Marselino berkemungkinan akan terus meningkat jika beliau terus kekal bersama Persebaya Surabaya sehingga saingan Piala Dunia tamat.
KMSK Deinze ketika ini masih lagi belum menyatakan secara rasmi nilai perpindahan pemain tersebut dan Marselino sendiri tidak mendedahkan berapa nilai kontrak beliau bersama pasukan itu.
“Sepatutnya Marselino boleh sahaja bersabar untuk ke luar negara sehingga saingan Piala Dunia B-20 tamat nanti.
“Ini kerana nilai perpindahan beliau pastinya akan meningkat dengan lebih tinggi kerana beliau beraksi untuk saingan tertinggi dalam dunia bola sepak profesional.
“Apatah lagi saingan bola sepak di Eropah juga bakal bermula pada tempoh tersebut. Tetapi secara jujurnya saya tidak tahu nilai pemain tersebut kini,” jelas Shin menerusi CNN Indonesia.
Walaubagaimana pun, ketika ini Shin jelas kecewa akan pemain tersebut yang dianggap membelakanginya kerana tidak memberi surat laporan mengenai hal perpindahan Marselino ke Belgium.
Shin Tae Yong mengaku agak tersinggung mendengar Marselino Ferdinan dan Ronaldo Kwateh berkarier di Eropa tanpa laporan ke dirinya.
Marselino dikontrak klub kasta kedua Belgia Deinze dan Ronaldo disebut-sebut bakal membela klub Turki Bodrumspor. Situasi ini membuat program yang pic.twitter.com/vWVEkr56sX— Tiento Indonesia (@IndonesiaTiento) February 9, 2023
Apatah lagi, pemain muda tersebut masih lagi belum pulang ke Indonesia bagi menyertai kem latihan pusat yang sudah pun berlangsung sejak beberapa minggu.