Skuad Indonesia bawah 20 (B-20) jelas mahu tampil dengan persediaan rapi sebelum saingan Asia B-20 dan Piala Dunia B-20 berlangsung tidak lama lagi dalam misi untuk cuba melakar kejutan.
Terbaharu, Indonesia bakal mengadakan kejohanan kecil dengan beberapa negara turut dijemput bagi menyertai saingan tersebut yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan mungkin akan turut disertai Argentina B-20 serta Portugal B-20.
Kerja keras dan persiapkan diri! ✊🏼🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/6RRDQMm8EO
— PSSI (@PSSI) February 8, 2023
Menurut laporan dikeluarkan, setakat ini tiga negara mengesahkan bakal menyertai kejohanan mini tersebut yang bakal bermula pada pertengahan Februari ini di Indonesia.
Tiga negara tersebut ialah Fiji, Republik Dominika, serta Guatemala dengan masing-masing akan menghantar skuad bawah 20 (B-20) untuk saling menguji kekuatan dan mengesan kelemahan.
“Saingan tersebut mungkin akan mula berlangsung pada 17 hingga 22 Februari ini dengan mungkin membabitkan sekali Argentina dan Portugal,” ujar Indra Sjafri selaku Pengarah Teknikal Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi Bola.com.
Menurut Indra, pasukan paling awal akan tiba di Indonesia untuk kejohanan tersebut ialah Fiji pada 16 Februari ini, namun beliau masih belum menyatakan tarikh kehadiran dua lagi negara yang sah terlibat.
“Setakat ini, kami sudah pun memastikan Republik Dominika, Fiji, dan Guatemala akan menyertai saingan tersebut serta Fiji akan tiba dahulu pada 16 Februari,” tambahnya.
Ketika ini, skuad Indonesia B-20 sedang bertungkus lumus membuat persiapan mereka menerusi kem latihan pusat yang sudah pun diadakan sejak beberapa hari lalu menerusi pemantauan Shin Tae-yong selaku pengendali.
Cadangan untuk membawa Argentina dan Portugal ini timbul menerusi Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) iaitu Zainudin yang menginginkan skuad muda Indonesia mendapat pengalaman lebih baik.
Dalam rangka menyambut momen penting yakni 100 hari menuju dimulainya Piala Dunia FIFA U-20 Indonesia 2023™, PSSI dan pemerintah melakukan event khusus di Satdion Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada Kamis (9/2) sore. #FutureLegends #FU20WC pic.twitter.com/LmxOeNwIv0
— PSSI (@PSSI) February 9, 2023
“Kami sedang menyiapkan kejohanan kecil dengan beberapa negara sudah pun dihubungi, moga segalanya dapat berjalan lancar.
“Ini merupakan salah satu impian saya, segalanya sudah pun dijelaskan kepada Indra Sjafri. Tetapi saya belum tahu jika Shin Tae-yong setuju atau tidak.
“Kami memilih lawan yang mempunyai rekod bagus dalam bola sepak supaya para pemain muda Indonesia mendapat pengalaman yang bagus buat diri mereka,” jelas Zainudin.
Setakat ini, Zainudin dilaporkan sudah pun menghubungi kedutaan Portugal dan Argentina mengenai jemputan kedua negara tersebut untuk menyertai kejohanan mini ini.
Argentina dan Portugal Jadi Calon Lawan Timnas Indonesia U-20, Begini Kata PSSI https://t.co/IcpPDwf4uS
— tvOnenews (@tvOneNews) February 10, 2023
Tambahan pula, Argentina dan Portugal masing-masing tidak layak ke saingan Piala Dunia B-20 dan ianya mungkin tidak sukar untuk Indonesia menjemput kedua pasukan itu.