Douglas Cerita Pengalaman Perit Di Barcelona, Menangis Setiap Hari

Bagi sesetengah pihak, nama Douglas pasti merupakan nama asing. Tetapi jika anda peminat setia Barcelona ataupun pengikut setia La Liga, pasti anda akan perasan dengan kelibat pemain ini.

Douglas sudah lama menjadi pilihan kedua di Barcelona, terutamanya ketika di era Dani Alves menyarung jersi Catalan tersebut.

Namun sering menjadi pilhan kedua bukanlah punca mengapa Douglas ‘terseksa’ di Barcelona.

Menangis setiap hari

Dalam satu temu ramah bersama akhbar El Comercio de Gijon. Douglas yang kini bersama pasukan Sorting Gijon sebagai pemain pinjaman dari Barcelona menceritakan sebuah kisah yang cukup peribadi untuk diceritakan kepada media.

Sudah 2 tahun di Barcelona, Douglas hanya mampu bermain sebanyak 3 kali dan ini menjadikan beliau sebagai antara pembelian paling merugikan yang pernah lakukan oleh Barcelona oleh pihak media.

gettyimages-458622536-1

Dalam temu ramah tersebut, Douglas telah menceritakan bagaimana peritnya hidup beliau sepanjang mengharungi kecederaan di Barcelona.

Douglas mengalami kecederaan di hamstring ketika pra-musim tahun lepas ketika menentang Chelsea dalam aksi International Champions Cup.

Kecederaan tersebut memaksa Douglas untuk tidak beraksi selama 8 bulan.

“Di Barcelona saya mengharungi waktu-waktu sukar ketika terlibat dengan kecederaan.”

“Saya menangis setiap hari kerana mengenangkan kecederaan yang saya alami. Tetapi apa yang boleh saya buat.”

Douglas baru-baru ini juga terlibat dengan satu kecederaan. Tetapi dengan cara yang agak pelik.

Beliau terlibat dengan kecederaan ketika tidur di dalam bas pasukan Sporting Gijon. Ketika tidur, Douglas tidur dalam keadaan postur yang salah.

Douglas ternyata sedih kerana apabila mengetahui dirinya terlibat dengan kecederaan pada esoknya ketika sesi latihan.

“Esoknya saya berlatih dan saya tahu saya tercedera. Ia satu perkara yang buat saya sangat sedih.”

Semangat harus kuat

Douglas sendiri perlu memaksa dirinya untuk menjadi pakar motivasi kepada dirinya sendiri ketika menghadapi kecderaan.

“Sejak kecil saya idamkan ingin menjadi pemain bola sepak. Ternyata ia satu perkara yang sukar untuk direalisasikan namun saya berjaya jadikan ia realiti!”

Baginya Douglas, beliau tidak mahu mengalah walaupun pernah berehat panjang kerana kecederaan serta selalu menjadi pilhan kedua di Barcelona.

Ternyata, Douglas menjadikan kariernya di Sporting Gijon sebagai permulaan baharu untuk kariernya.

“Saya tak pernah hapuskan perasaan saya sebagai pemain bola sepak walaupun cedera dan saya tak pernah putus asa. Saya sama seperti dahulu.”

Baca juga: Abou Diaby: “Inilah Kisah Hidup Saya – Kecederaan & Terluka Secara Psikologi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN