Hamidin Beri Sebab Kenapa Piala AFF Sukar Masuk Kalendar FIFA

Baru-baru ini, ramai peminat bola sepak Asia Tenggara menggesa kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di media sosial agar menjadikan saingan Piala AFF dalam kalendar rasmi.

Segelintir menjangkakan ianya mungkin akan berlaku selepas penerimaan sangat baik oleh Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir saingan tersebut di Thailand.

Malah Infantino juga seolah memberi bayangan saingan tersebut mungkin akan dapat direalisasikan dalam kalenda FIFA pada suatu hari nanti untuk memberi reaksi gembira buat kalangan penyokong.

Walaupun begitu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan perkara tersebut sukar dilaksanakan atas beberapa faktor.

Jelas beliau, tempoh saingan Piala AFF yang panjang itu menyebabkan sukar untuk diletakkan dalam kalendar FIFA dan ia dianggap mustahil untuk dilaksanakan.

Namun, Hamidin menyatakan perkara tersebut mungkin dapat diatasi pada masa akan datang jika FIFA memanjangkan lagi jadua kalendar rasmi supaya saingan itu dapat dimasukkan kelak.

“Kesan Piala AFF dalam kalendar FIFA bukan terlalu spesifik kerana terdapat cara lain adalah meminta badan induk itu supaya memanjangkan lagi tempoh kalendar.

“Kalendar FIFA bukan hanya membabitkan negara ASEAN dan Malaysia saja, tapi juga kepada ahli lain. Kita kena ingat akan datang ada perlawanan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia pada Oktober.

“Selain itu, kalendar FIFA bukan hanya digunakan untuk perlawanan persahabatan namun turut juga beri peluang kepada pasukan untuk mengadakan sesi latihan,” katanya menerusi Berita Harian.

Disebabkan saingan Piala AFF tidak termasuk dalam kalendar rasmi FIFA, maka kebanyakan negara bertanding mengalami kesukaran dalam mempersiapkan pemain terbaik mereka.

Ini kerana setiap kelab tempatan tidak diwajibkan memberi pelepasan kepada pemain mereka untuk menjalani tugasan buat skuad negara dan tidak menjadi sebarang kesalahan disiplin.

Pada masa sama, Hamidin juga memberi bayangan mengenai Malaysia yang mempunyai potensi untuk menganjurkan Piala Dunia di peringkat bawah umur.

“Kemungkinan untuk kita membida hak menjadi tuan rumah Piala Dunia di pelbagai peringkat umur sentiasa terbuka. Kita boleh lihat Indonesia menjadi penganjur Piala Dunia B-20 pada tahun ini.

“Kita (Malaysia) pun boleh buat kerana ia bagus untuk bola sepak dan kali terakhir pun kita menjadi tuan rumah adalah pada 1997 untuk Piala Dunia B-17.

“Namun, harus kita sedari kos untuk menjadi penganjur kejohanan akhir sangat tinggi dan kita perlukan sokongan penuh pihak kerajaan,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN