Menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula tidak lama lagi, setiap pasukan jelas semakin sibuk mempersiapkan diri dari segala jenis aspek untuk tampil lebih baik berbanding tahun lalu.
Salah satu pasukan yang semakin serius membuat persiapan ialah Kuala Lumpur City (KL City) menerusi persediaan pemain import baharu serta beberapa perlawanan pramusim sudah diatur.
All even last night against Terengganu!
How do you think we did last night? #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/A2mdsektes
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 30, 2023
Menerusi beberapa perubahan yang dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada tahun ini, rata-rata memberi pelbagai pendapat menerusi pemahaman tersendiri.
Untuk pertahanan import KL City iaitu Giancarlo Gallifuoco, beliau menyifatkan perubahan tersebut sebagai suatu cabaran baharu buat semua pasukan yang bertanding musim ini.
Menerusi format baharu yang diperkenalkan oleh MFL iaitu saingan Liga Super dan Piala Malaysia dijalankan serentak, pastinya ia memberi cabaran baharu buat semua pemain berbanding sebelum ini.
Menurut Gallifuoco, perubahan yang dibuat oleh MFL itu dianggap sebagai sesuatu yang menarik dan sukar dijangka kerana setiap pemain perlu mengekalkan fokus dan tidak boleh leka.
“Perubahan yang dibuat oleh MFL ini akan menambahkan lagi kualiti liga kerana pemain tidak boleh ambil ringan sepanjang musim ini.
“Jika sebelum ini, Liga Super berakhir pada September dan mungkin ada pasukan sudah mencapai sasaran lebih awal seperti tidak berada di kedudukan tercorot, mereka mungkin sudah tidak lagi menumpukan perhatian dan hanya menunggu saingan Piala Malaysia.
“Jadi, melalui situasi ini, pasukan tiada pilihan selain perlu mengekalkan tahap kekuatan yang sama sepanjang musim untuk memastikan momentum mereka di kejohanan seperti Piala Malaysia serta Piala FA, tidak terjejas,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Gallifuoco juga mengakui kesannya akan turut dirasai oleh para penyokong bola sepak tempatan kerana dapat melihat konsistensi semua pemain sepanjang musim berlangsung.
He's our center-half, he's our number 9 🎶
Watch him defend, and we watch him score 🎶
He'll pass the ball, calm as you like 🎶
He's Giancarlo
… Gallifuoco#KLCity #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/CNeOdaA1EI— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) November 28, 2021
“Selain itu, pengenalan waktu perlawanan di sebelah petang saya rasa satu pembaharuan yang boleh menarik lebih ramai kehadiran penonton terutama yang berkeluarga.
“Mungkin ada sedikit kesan kepada pemain pada awalnya tetapi kami akan cuba sepantas boleh untuk menyesuaikan diri,” katanya.