‘Kali Pertama Dalam Sejarah’ – Apa Maksud Kad Putih Yang Dilayangkan Pengadil Di Portugal?

Kad Putih Portugal

Kad kuning dan merah adalah perkara biasa dalam bola sepak, tetapi tidak kad putih. Buat kali pertama dalam sejarah sukan ini, peraturan baharu ini digunakan ketika aksi suku akhir Taca de Portugal Wanita di antara  Benfica dan Sporting Lisbon.

Kejadian tersebut berlaku di Estadio da Luz, sewaktu Benfica sedang mendahului 3-0 hanya beberapa minit sebelum masa rehat. Pegawai perubatan kedua-dua pasukan telah berlari ke arah pemain di bangku simpanan yang mengadu kesakitan.

Selepas isu tersebut selesai, pengadil dilihat telah melayangkan kad putih kepada kedua-dua individu berkenaan dan disambut dengan sorakan dan tepukan oleh penonton di stadium.

Apa itu kad putih?

Kali pertama peraturan kad dalam sukan bola sepak diperkenalkan adalah ketika Piala Dunia 1970 di Mexico dan ia tersebut terus berkembang dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun sehingga hari ini, kad putih masih belum termaktub dalam buku peraturan FIFA. Namun ia adalah inisiatif baharu di Portugal sebagai tanda penghargaan kepada pemain atau pegawai pasukan yang mempamerkan semangat kesukanan.

Idea ini dilaksakan bagi menggalakkan nilai etika dalam sukan khususnya dalam bola sepak dan ia dimulakan dengan pertandingan bagi kategori wanita.

Kempen Kad Putih ini telah dilancarkan secara rasmi pada 2015 oleh Pelan Kebangsaan Portugal dengan tujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sukan serta tingkah laku berkaitan etika yang diamalkan oleh atlet, jurulatih, pengurus dan semua ejen sukan.

Di Portugal, inisiatif kad putih ini telah diterima pakai oleh 71 entiti termasuk 24 persatuan sukan, 20 satuan bola sepak serta 27 pertubuhan bukan untung serta majlis perbandaran.

Ia telah dilaksanakan bagi sukan kolektif dan individu di pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak, remaja sehingalah dewasa.

Sokongan antarabangsa

Usaha ini turut mendapat sokongan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila memperkenalkan inisiatif ini dalam sabutan Hari Antarabangsa Sukan untuk Pembangunan dan Kedamaian pada Ogos 2013.

Dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, barisan atlet seluruh dunia sukan mempamerkan kad putih bagi mempromosikan sukan sebagai jawapan kepada keamanan dan perubahan sosial.

Peace and Sport, sebuah organisasi yang ditubuhkan pada 2007 oleh pemenang pingat Sukan Olimpik dan Presiden Persatuan Olimpik Dunia, Joel Bouzou menjelaskan kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan penyatuan dan keamanan menerusi pengaruh sukan.

“Ketika risiko perpecahan sedang menyerang kita, saya mengalu-alukan seluruh atlet, pemimpin politik dan wakil swasta untuk menaikkan kad putih masing-masing sebagai tanda sokongan kepada usaha keamanan,” ujar Bouzou.

“Lebih dari itu, adalah penting untuk kita semua mengingati kembali peranan sukan kepada pencegahan, penyelesaian dan pemulihan konflik.”

Kesimpulan

Peredaran zaman menyaksikan semakin banyak pembaharuan dalam peraturan bola sepak diperkenalkan bagi memastikan integriti sukan ini terus terpelihara.

Misalnya pada hari ini sudah ada teknologo pengadil bantuan video (VAR) untuk menentukan kesahihan sesuatu keputusan. Walaupun adakalah keputusan oleh VAR berakhir dengan kontroversi, ia tidak bermakna pihak berwajib tidak berusaha untuk memartabatkan sukan ini.

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar pada tahun lalu juga menyaksikan masa kecederaan dilanjutkan daripada tempoh kebiasaan untuk mengelakkan pembuangan masa dan ketidakadilan berlaku.

Maka tidak mustahil layangan kad putih akan diperkenalkan secara rasmi untuk kiraan mata fair-play pula selepas ini.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 5-0 memihak kepada pasukan tuan rumah Benfica yang layak ke pusingan separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN