Malaysia Ajak Thailand & Vietnam Sertai Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bakal menghidupkan semula saingan Pestabola Merdeka kali ini dilihat mahu memastikan penganjurannya tidaklah sia-sia apabila mereka akan membawa pihak lawan yang diketahui kita semua.

Penganjuran Pestabola Merdeka yang bakal diadakan pada suku akhir tahun 2023 ini bakal menyaksikan empat pasukan dijemput oleh FAM untuk sertai kejohanan mini ini.

Dua daripadanya adalah seteru utama Malaysia dalam kancah bola sepak Asia Tenggara iaitu Thailand dan juga Vietnam.

Skuad kendalian Mano Polking ini pastinya mahu kembali ke Malaysia dan cuba menewaskan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas gagal dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 tempoh hari walaupun bermain dengan cukup baik.

Sementara kehadiran Vietnam pastinya akan menandakan lembaran baharu kepada permusuhan dua negara kerana jika mereka setuju untuk muncul dalam kejohanan ini, ia akan menjadi pertemuan kompetitif pertama antara kedua-dua negara pasca era Park Hang-seo.

Dalam masa yang sama, FAM turut menyasarkan untuk menjemput salah satu daripada dua pasukan daripada Asia Barat untuk turut memeriahkan kejuaraan ini.

Dua nama menjadi sasaran iaitu Syria dan juga Palestin yang juga merupakan pihak lawan yang sering ditemui Malaysia dalam aksi persahabatan atau kompetitif.

Secara sasaranya, FAM mahu mewujudkan kejohanan empat penjuru dengan Malaysia sebagai tuan rumah dan disertai dua seterus Asia Tenggara dan sebuah wakil Asia Barat.

Selain meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, penganjuran semula Pestabola Merdeka adalah sebagai persediaan untuk Piala Asia 2023.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN