Saingan Piala AFF 2022 kali ini jelas sangat meriah dan tampil dengan pelbagai aksi pemain di atas padang, penyokong, serta gelagat staf kejurulatihan.
Antara yang mencuri tumpuan untuk edisi kali ini, semuanya pasti akan menyatakan pengendali Vietnam iaitu Park Hang-seo paling menyerlah sekali.
Piala AFF 2022: “Mengintip Ke Tu?” – 2 Staf Perubatan Dihalau Park Hang-seohttps://t.co/S7JWZQNU4L
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 21, 2022
Selain hebat membawa nama Vietnam dalam sukan bola sepak, gelagar beliau yang bersemangat di tepi padang juga sering menjadi tumpuan ramai penyokong serta pengamal media.
Terbaharu, reaksi Hang-seo sekali lagi mencuri tumpuan sebaik sahaja aksi membabitkan Vietnam dan Thailand bagi separuh akhir pertama kejohanan tersebut tamat.
Park Hang Seo after the final whistle. What’s wrong with him? 😂😂😂 pic.twitter.com/R24ZyDh3wh
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) January 13, 2023
Hang-seo seolah dilihat tidak berpuas hati akan sesuatu yang mungkin ditujukan kepada pengadil perlawanan atau pihak lawan dengan cuba menyerang mereka.
Namun beberapa pegawai pasukan Vietnam turut ada di situ untuk menahan Hang-seo daripada mara lebih jauh selain dilihat cuba menenangkan beliau.
Pengendali berpengalaman itu juga turut melempar-lempar beberapa barang di sekeliling, dan jelas reaksinya sangat marah ketika itu.
Seperti diketahui, Hang-seo merupakan seseorang yang paling sukar menerima kekalahan dan beliau mempunyai keazaman cukup tinggi untuk menewaskan Thailand.
Ini kerana, ia menjadi tahun terakhir buat pengendali dari Korea Selatan itu bersama Vietnam setelah beliau tidak lagi menyambung kontrak pada masa akan datang.
Oleh sebab itu, Hang-seo dilihat seolah menghadapi tekanan besar untuk menghadiahkan kejohanan Piala AFF ini kepada para penyokong Vietnam sebagai buah tangan akhir perpisahan.
Selain gelagat beliau semalam, sebelum itu beberapa aksi dan telatah beliau juga sering menjadi tumpuan untuk aksi Piala AFF 2022 ini kepada pasukan lain.
Antaranya, Hang-seo turut mencetuskan provokasi kepada pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong menerusi kenyataan yang sangat pedas sebelum dsn selepas perlawanan.
Piala AFF 2022: Pengendali Vietnam Anggap Indonesia Sebagai Pasukan Paling Banyak ‘Bunyi’https://t.co/OUMP8o1bSo
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 13, 2023
Beliau juga antara jurulatih yang gemar mencabar pasukan lawan untuk cuba menewaskan Vietnam jika mampu dan Malaysia antara yang kerap menjadi mangsa provokasinya.
Apapun, bola sepak di rantau Asia Tenggara ini pastinya akan merindui kelibat Hang-seo selepas ini yang boleh dianggap sebagai salah seorang jurulatih yang sangat gila-gila serta hebat menguruskan sesebuah pasukan.