Kenapa Shin Tae-yong Tidak Akan Dipecat Selaku Jurulatih Utama Indonesia?

Skuad kebangsaan Indonesia secara rasminya sudah pun tersingkir daripada kejohanan Piala AFF 2022, selepas mereka ditewaskan oleh Vietnam pada aksi separuh akhir saingan tersebut.

Menerusi keputusan penuh 0-2, impian untuk para penyokong Sang Garuda melihat pasukan kesayangan mereka mendakap kejuaraan tersebut sekali lagi tidak kesampaian, biarpun tampil dengan serba lengkap.

Indonesia yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong dilihat tampil dengan serba bagus pada awal saingan menerusi corak permainan serta keputusan positif ditampilkan.

Apatah lagi musim lalu menyaksikan pasukan tersebut juga berjaya meraih gelaran naib juara dan pastinya mereka ingin untuk sekurangnya mencapai pencapaian sebelum itu.

Kini, tanda tanya mengenai masa depan Tae-yong bersama Indonesia mula dipersoalkan segelintir para penyokong negara tersebut jika beliau masih dikekalkan atau tidak.

Tambahan pula di Twitter kini sedang tular dalam kalangan penyokong Indonesia yang ingin pengendali tersebut disingkirkan daripada kejurulatihan bersama hashtag #STYOut.

Ini kerana, salah satu tugas Tae-yong bersama Indonesia ialah untuk mendapatkan Piala AFF buat pertama kali dalam dakapan Sang Garuda, setelah hanya kejohanan itu masih belum diraih mereka di rantau Asia Tenggara.

Sehingga kini, jelas ramai penyokong Indonesia kecewa dengan hasil yang dipamerkan oleh pasukan kesayangan mereka dan menganggap Tae-yong sebagai individu perlu bertanggungjawab segalanya.

Namun, adakah wajar ketika ini untuk pihak pengurusan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyingkirkan Tae-yong selepas gagal untuk mendapatkan Piala AFF?

Para penyokong Indonesia seharusnya sedar Tae-yong masih lagi mempunyai banyak tugasan getir bersama skuad kebangsaan dalam segenap lapisan umur selepas ini.

Pengendali tersebut bakal mengetuai kejurulatihan skuad bawah bawah 20 (B-20) untuk saingan Piala Asia serta Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Situasi tersebut menyaksikan agak mustahil untuk PSSI menyingkirkan Tae-yong, kerana tugasan yang akan diharungi jurulatih tersebut selepas ini dilihat jauh lebih besar.

Selain itu, segalanya dilihat terlalu awal buat PSSI untuk melepaskan pengendali tersebut yang dilihat mempunyai pelan jangka masa panjang untuk menaikkan mutu permainan bola sepak Indonesia.

Kesannya sudah pun boleh dilihat, selepas pasukan tersebut tampil dengan corak permainan lebih baik serta melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda berkualiti.

Tahun ini akan jadi satu lagi musim mencabar buat Tae-yong, kerana beliau perlu mempersiapkan barisan pemain muda untuk kejohanan jauh lebih besar dan berprestij dengan membawa nama Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN