Bojan Ciger Beri Sebab Kenapa Kedah Jadi Pilihannya Musim Ini

Persiapan Kedah Darul Aman (KDA) ketika ini terus hangat sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 yang akan bermula tidak lama lagi menerusi beberapa kehadiran wajah baharu dalam pasukan tersebut.

Terbaharu, pertahanan import kedua KDA telah pun tiba menyertai kem latihan pasukan tersebut iaitu Bojan Ciger yang berasal dari Serbia untuk terus memperkukuhkan kelab itu musim ini.

Ciger yang kini berusia 28 tahun antara pemain import baharu KDA yang buat pertama kali beraksi di Malaysia, selepas mencipta karier beliau sebelum itu di Eropah serta Uzbekistan.

Pertahanan bertubuh tegap itu jelas berharap agar beliau merupakan pemain yang dicari oleh KDA selama ini di posisi tersebut untuk terus memperkukuhkan perancangan kelab musim ini dalam saingan Liga-M.

Menurut Ciger, beliau telah pun membuat sedikit rujukan mengenai KDA dan mengakui reputasi pasukan tersebut selama ini dalam saingan Liga-M telah mendorong beliau untuk menyertai kelab itu.

“Sebelum datang ke sini saya mengetahui banyak perkara mengenai reputasi serta rekod pencapaian Kedah dalam Liga M melalui rujukan dalam media dan melalui rakan.

“Berbekalkan reputasi dimiliki Kedah serta kejayaan beberapa pasukan besar lain dalam Liga M termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), saya faham apa yang Kedah perlukan dan berharap dapat mengubah sesuatu untuk kejayaan Kedah pada musim ini.

“Saya mahu beri aksi 100 peratus bersama Kedah kerana mahukan kejayaan buat pasukan dan membuktikannya di atas padang,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Ciger juga sangat teruja akan sokongan padu yang ditunjukkan oleh para penyokong KDA ketika menyambut beliau di lapangan terbang.

Selain Ciger, KDA turut menandatangani kontrak seorang lagi pertahanan import yang pernah beraksi di Filipina sebelum ini iaitu Alan Davidson.

Walaupun begitu, Alan dilaporkan akan menyertai skuad simpanan KDA dan Ciger pula telah pun didaftarkan bersama barisan utama skuad tersebut musim ini.

Sehingga kini, KDA telah pun mempunyai tujuh pemain import baharu mereka dan kemungkinan besar tidak ada lagi muka baharu akan menyertai pasukan berkenaan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN