Sri Pahang dilihat bakal tampil serba baharu pada musim ini, selepas ada beberapa rombakan telah dibuat pasukan tersebut untuk terus berdaya saing dalam saingan Liga Malaysia 2023.
Selepas sah kehilangan beberapa tonggak utama pada musim lalu, Sri Pahang kini dilihat mula giat untuk mendapatkan pengganti baharu agar mereka mampu lebih bersedia musim ini.
Lucas Silva kini Tok Gajah!
Ketajaman penyerang bertubuh sasa berusia 33 tahun dari Brazil ini menjadi taruhan terbaru Sri Pahang di barisan serangan. pic.twitter.com/ovZxq4eksJ
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 6, 2023
Terbaharu, Sri Pahang secara rasmi menandatangani kontrak tonggak penyerang baharu mereka pada musim ini dalam misi mereka untuk memperkukuhkan barisan hadapan.
Pemain yang dikatakan itu merupakan bekas penyerang Penang musim lalu iaitu Lucas Espindola yang berasal dari Brazil.
Perkara itu dinyatakan sendiri menerusi laman rasmi Sri Pahang sebentar tadi dengan ucapan selamat datang diberikan kepada penyerang itu.
Seperti diketahui, Lucas menyertai Penang pada pertengahan musim lalu untuk menggantikan khidmat Cassagrande yang mengalami kecederaan sebelum itu untuk kuota import antarabangsa.
Bersama Penang, pemain ini tidak mengambil masa yang lama untuk meninggalkan impak positif buat para penyokong selepas sentuhannya jelas sangat tajam di hadapan gol.
Secara keseluruhan, Lucas telah meledak 11 gol daripada 15 perlawanan disertainya dalam kempen Liga Malaysia musim 2022.
22' GOL | Lucas Silva meletakkan Penang FC di hadapan!@OfficialKCFC 0-1 @Penang_FC #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/NLeE6yzSpR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 31, 2022
Unik mengenai Lucas, beliau boleh membentuk kombinasi bersama para pemain sekelilingnya dengan baik dalam tempoh masa yang singkat.
Walaupun Penang tampil tidak konsisten dalam permainan, hadir Lucas untuk memberi sedikit rasa positif selepas ketajamannya di hadapan gol.
Selain tajam di hadapan gol, Lucas turut bijak memainkan peranan untuk membuka ruang dan mencari setiap peluang terbuka untuk menghasilkan sesuatu.
Menerusi aspek individu, Lucas membuktikan beliau adalah penyerang serba lengkap dari segi bijak untuk menghidu ruang serta sentiasa berada di posisi terbaik untuk menerima umpanan.
Bersama Lucas, Sri Pahang dijangka turut akan mengikat seorang lagi penyerang import berbisa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) iaitu Kpah Sherman.
Selain Espindola, Sri Pahang juga turut mendapatkan Stefano Brundo yang berasal dari Argentina untuk memperkukuhkan jentera pertahanan mereka musim depan bersama pemain dari Australia iaitu Michael John Glassock.
Stefano Brundo kini Tok Gajah!
Pemain pertahanan berusia 29 tahun dari Argentina ini menjadi penambahan terbaru ke dalam skuad Sri Pahang setelah menandatangani kontrak selama semusim. pic.twitter.com/9tCp96y0Ll
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 7, 2023
Dijangka pasukan tersebut turut akan mengumumkan beberapa lagi pemain baharu mereka pada masa akan datang.