8 Pemain Yang Paling Kerap Dibelenggu Masalah Kecederaan

Setiap pemain dalam dunia bola sepak jelas sekali tidak mahu mengalami kecederaan berat yang akan mengakibatkan mereka terpaksa berehat panjang.

Kebanyakkan pemain akan berdepan masalah kecergasan andai mereka berehat terlalu lama dan rata-rata dari mereka gagal untuk mendapatkan tahap prestasi terbaik selepas pulih dari kecederaan.

Pemain mungkin akan berehat selama satu musim andai mereka dibelenggu masalah kecederaan yang berat dan akan berehat pendek jika mereka mengalami kecederaan ringan.

Masalah kecederaan juga boleh mengakibatkan nilai pasaran pemain turun mendadak dan kebanyakkan kelab juga tidak akan mahu menandatangani pemain yang ada rekod kecederaan yang agak teruk.

Atas alasan itulah ramai pemain yang akan berusaha untuk menjaga keselamatan mereka dan tidak sanggup untuk dibelenggu masalah kecederaan.

Ada juga pemain yang sampai tahap dilabel sebagai ‘kaca’ kerana terlalu mudah dibelenggu masalah kecederaan dan menghabiskan duit kelab untuk menanggung kos rawatan mereka.

Ousmane Dembele dan Naby Keita merupakan dua pemain pada ketika ini yang sering dikeji oleh peminat kerana kedua-dua mereka lebih kerap menghabiskan masa di bilik rawatan berbanding di atas padang.

Berikut merupakan lapan pemain dalam sejarah dunia bola sepak yang paling kerap dibelenggu masalah kecederaan sepanjang karier mereka.

8- Ronaldo Nazario

Ronaldo Nazario merupakan antara legenda terhebat dalam sejarah dunia bola sepak dan beliau dianggap antara pemain penyerang terhebat yang pernah ada dalam dunia sukan ini.

Bekas bintang Brazil itu dikenali sebagai pemain penyerang yang paling digeruni lawan, namun masalah kecederaan kerap menganggu perjalanan kariernya.

Sepanjang karier profesionalnya, Ronaldo pernah terlepas sebanyak 159 perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya, beliau pernah duduk dibilik rawatan selama 1324 hari dan hal itu benar-benar menganggu kariernya.

7- Franck Ribery

Franck Ribery juga dikenali sebagai antara legenda terhebat dalam dunia bola sepak dan kegemilangan beliau bersama Bayern Munich akan terus diingati oleh para peminat.

Ribery merupakan antara pemain terhebat sepanjang zaman Bayern Munich dengan beliau turut banyak menyumbang sebalik kejayaan gemilang gergasi Bundesliga itu.

Beliau memainkan peranan penting sebalik kejayaan Bayern Munich sejak sedekad kebelakangan ini, namun beliau juga turut banyak menghabiskan duit kelab untuk menanggung kos perubatannya.

Sepanjang karier profesionalnya, Ribery pernah terlepas 227 perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya, beliau telah menghabiskan 1363 hari dibilik rawatan, walau hal itu tak nampak begitu menjejaskan kariernya,

6- Thomas Vermaelen

Thomas Vermaelen merupakan legenda bola sepak Belgium dengan beliau turut pernah beraksi bersama beberapa kelab di Eropah seperti Arsenal, Ajax dan Barcelona.

Beliau mengakhiri kariernya bersama Visel Kobe dengan karier Vermaelen di Eropah jelas sekali terjejas dek kerana masalah kecederaan yang kerap beliau hadapi.

Vermaelen yang kini merupakan pembantu jurulatih skuad kebangsaan Belgium itu pernah terlepas 267 perlawanan sepanjang kariernya kerana masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya beliau pernah duduk dibilik rawatan selama 1366 hari atas masalah kecederaan dan hal itu benar-benar memberi impak kepada kariernya.

Potensi beliau semakin tenggelam setiap kali beliau menderita masalah kecederaan, dan kerana itulah kebanyakkan kelab Eropah tidak berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

5- Stevan Jovetic

Mungkin nama Jovetic tidak sebesar nama-nama pemain lain yang ada dalam senarai ini, namun beliau sebenarnya pernah menjulang gelaran Premier League ketika kariernya bersama Man City.

Bintang Hertha BSC itu pernah beraksi bersama banyak kelab dan beliau sentiasa gagal untuk mengeluarkan potensi terbaiknya kerana terlalu kerap berada di bilik rawatan.

Jovetic pernah menghabiskan masa selama 1408 hari dibilik rawatan dan beliau juga turut terlepas 202 perlawanan sepanjang kariernya kerana dibelenggu masalah kecederaan.

4- Vincent Kompany

Seorang lagi legenda Manchester City, Vincent Kompany turut tersenarai dalam senarai pemain yang paling kerap dibelenggu masalah kecederaan ketika kariernya.

Kompany tidak dinafikan lagi dikenali sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman Manchester City dengan beliau memainkan peranan penting sebalik kejayaan The Citizens sejak sedekad kebelakangan ini.

Walau tidak pernah menjulang gelaran Eropah, namun harus diakui yang Manchester City berjaya mendominasi pentas bola sepak Inggeris dan Kompany antara tunjang sebalik hal tersebut.

Sepanjang karier profesionalnya, Vincent Kompany pernah terlepas 176 perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya, Kompany pernah berehat selama 1419 hari kerana masalah kecederaan sebelum beliau mengumumkan persaraannya sebagai pemain.

3- Jack Wilshere

Bintang England, Jack Wilshere terpaksa mengumumkan persaraannya lebih awal kerana beliau terlalu kerap dibelenggu masalah kecederaan.

Karier legenda Arsenal itu semakin merosot setiap tahun dek kerana beliau terlalu kerap mengalami kecederaan dan beliau juga turut berkali-kali menganggur walau belum bersara.

Wilshere menghabiskan kariernya bersama kelab Denmark dengan beliau sebelum itu hanya bermain di England sahaja bersama beberapa kelab.

Sepanjang kariernya, Jack Wilshere pernah terlepas 214 perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya, beliau menghabiskan 1470 hari di bilik rawatan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Bayangkan saja beliau bersama di usia 30 tahun dan ketika kariernya, beliau menghabiskan empat tahun di bilik rawatan.

2- Arjen Robben

Arjen Robben juga turut dianggap sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman Bayern Munich dengan beliau memainkan peranan penting sebalik kejayaan kelab ketika kariernya.

Legenda Belanda itu merupakan pemain sayap yang diidolakan ramai dan aksi serta kelincahan beliau menjadi ikutan pemain-pemain di era selepasnya.

Robben merupakan antara pemain penyerang yang digeruni dan dianggap sebagai mimpi ngeri untuk pemain-pemain pertahanan lawan.

Bekas bintang Bayern Munich itu pernah terlepas 243 perlawanan sepanjang kariernya kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Secara keseluruhannya, beliau pernah menghabiskan masa selama 1507 hari di bilik rawatan dek kerana menderita kecederaan.

1- Abou Diaby

Abou Diaby pernah menghabiskan sembilan tahun sepanjang kariernya bersama skuad Arsenal dan agak mengejutkan juga untuk melihat Gunners sanggup menyimpan pemain seperti beliau untuk tempoh yang lama.

Arsenal membeli beliau dengan nilai €3 juta dari AJ Auxerre dan sepertinya kos rawatan beliau sahaja bernilai berlipat kali ganda lebih mahal dari itu.

Diaby pernah menghabiskan masa selama 1747 hari di bilik rawatan kerana dibelenggu masalah kecederaan yang berulang-ulang.

Beliau juga turut terlepas 314 perlawanan sepanjang kariernya kerana terpalit dengan masalah kecederaan.

Kebanyakkan pemain yang ada dalam senarai ini sudah bersara dari dunia bola sepak dan jelas sekali senarai ini akan berubah jika dilihat kepada situasi pemain-pemain yang masih ada pada ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN