Penjaring terbanyak Liga Premier 2022, Nurshamil Abdul Ghani nekad untuk membuktikan diri beliau selaku salah seorang penyerang tempatan digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Menurut penyerang berusia 28 tahun itu, beliau menganggap kejayaan Kelantan melangkah ke pentas Liga Super musim hadapan sebagai peluang buat dirinya untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
9️⃣ gol dicetak oleh Nurshamil Abd Ghani untuk @kelantanfc_trw dalam saingan Liga Premier musim ini untuk meraih gelaran penjaring terbanyak tempatan buat musim kedua berturut-turut!
"Quote retweet" dengan jaringan terbaik Nurshamil. 😎#LigaPremier2022 pic.twitter.com/9kMmVEr9IO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 17, 2022
Selepas membantu Kelantan meraih gelaran naib juara Liga Premier musim ini, Nurshamil jelas mempunyai rencana beliau tersendiri untuk tampil selaku salah seorang tonggak Harimau Malaya.
Menurut beliau, pandangan daripada orang ramai yang menyatakan pemain Liga Premier tidak layak bersama skuad kebangsaan sebelum ini, menjadikan dirinya sukar untuk mendapat peluang.
Kini, Nurshamil melihat ianya sebagai suatu peluanh terbaik untuk beliau cuba merebut posisi penyerang kebangsaan bersama pemain lain seperti Syafiq Ahmad dan Darren Lok.
“Inilah peluang saya untuk sarung jersi kebangsaan. Orang kata, main di Liga Premier tak layak lagi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.
“Jadi kalau tahun depan jika ada rezeki untuk saya beraksi dan minit permainan juga mencukupi, apa salahnya untuk cuba uji saya bersama skuad kebangsaan,” jelas Nurshamil menerusi petikan Astro Arena yang dikongsi oleh wartawan mereka iaitu Fadhirul Shuhaimi.
Untuk rekod, Nurshamil berjaya meraih gelaran selaku penjaring terbanyak Liga Premier 2022 , selepas beliau berjaya meledak sembilan gol secara keseluruhan buat Kelantan.
Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abdul Ghani mahu jadikan pentas Liga Super 2023 sebagai medan buktikan kemampuan. pic.twitter.com/aVqoYvzAiz
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 22, 2022
Turut berkongsi jumlah kutipan gol bersama Nurshamil ialah bintang muda Johor Darul Ta’zim II iaitu Daryl Sham.
Nama Nurshamil bukan lagi suatu yang asing buat peminat bola sepak tempatan, selepas beliau mula tampil dikenali ramai ketika mewakili Melaka United pada tahun 2015.
Ketika itu, pasukan tersebut beraksi dalam saingan Liga FAM dan Nurshamil berjaya tampil selaku penjaring terbanyak dan namanya mula meniti di bibir para penyokong bola sepak tempatan.
Walaupun selepas itu musim-musim yang dilalui oleh Nurshamil agak suram, bersama Kelantan tahun lalu menyaksikan nama beliau kembali memuncak menerusi rekod jaringan diciptanya.
PEMENANG 🏆 ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2022
PENJARING TERBANYAK TEMPATAN LIGA PREMIER 2022
DARYL SHAM (JOHOR DARUL TA’ZIM II) 🟦🟥 DAN NURSHAMIL ABD GHANI (KELANTAN FC) 🟥⬜️#ABK22 pic.twitter.com/sP2uhOfGXl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 15, 2022
Pemain yang memiliki kelicikan dalam kawasan petak penalti serta sangat tenang untuk mengatasi penjaga gol lawan itu boleh dianggap sebagai aset utama Kelantan di posisi serangan.