‘Lebih Tepat Dari VAR’ – Marciniak Dipuji Kerana Persembahan Mantapnya Sebagai Pengadil Final Piala Dunia

Walaupun L’Equipe memberikan rating yang sangat rendah untuk Szymon Marciniak, namun harus diakui yang rata-rata peminat bola sepak seluruh dunia sangat berpuas hati dengan mutu pengadilannya ketika aksi perlawanan akhir Piala Dunia malam semalam.

Pengadil dari Poland yang kini berusia 41 tahun itu telah diberi tanggungjawab untuk mengadili aksi perlawanan akhir Piala Dunia pada tahun ini yang menemukan antara Argentina bertemu Perancis.

Tidak dinafikan lagi yang aksi perlawanan akhir malam semalam merupakan perlawanan tumpuan dan sudah tentu Szymon Marciniak berdepan tekanan yang sungguh luar biasa untuk mengadili perlawanan tersebut.

Bukan hanya penonton di stadium, bahkan jutaan lagi manusia lain turut menonton aksi perlawanan akhir tersebut dan mengharapkan agar ia menjadi antara perlawanan akhir yang sangat menghiburkan.

Szymon Marciniak jelas sekali telah berjaya untuk menjadi sebagai sebahagian dari mereka yang menjadikan aksi perlawanan akhir malam semalam sebagai antara perlawanan akhir terhebat dalam sejarah Piala Dunia.

Tiada kontroversi dari VAR, tiada pergaduhan besar, tiada pertikaian yang terlampau dari pemain ketika perlawanan sedang berlangsung dan jelas sekali Marciniak telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik.

Walau media Perancis, L’Equipe memberikan rating rendah kepada beliau, namun harus diakui dua penalti darinya sedikit sebanyak membantu Perancis untuk bawa Argentina ke penentuan sepakan penalti.

Berikut merupakan antara keputusan-keputusan dari Marciniak yang sepertinya sangat tepat dan menjadikan perlawanan ini semakin menarik.

1- Penalti dari situasi Di Maria dijatuhkan

Sebaik melihat Di Maria dijatuhkan di dalam kotak penalti, Marciniak tidak perlu menunggu VAR dan beliau dengan segera menghadiahkan sepakan penalti kepada Argentina.

Walau ramai yang percaya Di Maria sebenarnya merebahkan badan dan menunjukkan reaksi yang keterlaluan, namun selepas melihat rakaman ulang, jelas sekali ada sentuhan dari Dembele.

Para pemain dari skuad Perancis sendiri bahkan turut tidak mempertikaikan keputusan itu kerana mereka sedar keputusan Marciniak memang tepat.

2- Penalti pertama Perancis

Randal Kolo Muani telah dikasari oleh Nicolas Otamendi di dalam kotak penalti dan sekali lagi, tanpa menunggu VAR, pengadil perlawanan segera menghadiahkan sepakan penalti kepada Perancis.

Rakaman ulang jelas menunjukkan yang memang ada sentuhan dari Otamendi dan atas alasan sama juga pemain Argentina hanya mampu akur sahaja dengan keputusan dari pengadil perlawanan.

3- Penalti untuk Perancis dinafikan

Ia merupakan satu keputusan yang sangat dasyat dan ramai yang tidak menduga bahawa Marciniak mampu untuk melihat situasi itu dengan sangat tepat.

Ketika Enzo Fernandez memberi cabaran kepada Marcus Thuram, pemain Perancis itu dilihat jatuh terbaring di dalam kotak penalti sambil mengharap sesuatu dari pengadil.

Walau bagaimanapun, harapan Thuram mahu mendapatkan sesuatu dari Marciniak lebur selepas pengadil dari Poland itu memberi keputusan yang sebaliknya.

Marciniak berjaya mengesan yang Fernandez sudah tidak memberi cabaran dan Thuram dengan sengaja merebahkan badan untuk mendapatkan penalti.

Thuram dilayangkan kad kuning atas kesalahan tersebut dan beliau juga sepertinya tidak berani mahu melawan Marciniak kerana beliau sedar dirinya memang baru sahaja melakukan kesalahan.

4- Penalti kedua Perancis

Bola rembatan Kylian Mbappe terkandas kerana terkena Gonzalo Montiel dan bola itu jelas sekali menuju ke arah tangan pemain Argentina itu.

Tanpa merujuk VAR, Marciniak dengan segera mengesan hal tersebut dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Perancis.

Walau ramai yang anggap beliau memihak kepada Argentina, namun harus diakui hal ini membuktikan bahawa Marciniak mengadili perlawanan tanpa ada pilih kasih.

Untuk apa beliau hadiahkan sepakan penalti kepada Perancis di minit-minit akhir permainan andai beliau mahu membantu Messi julang Piala Dunia?

https://twitter.com/newtonwagner/status/1604512304410013697?s=20&t=mKNSb3KlHryTqgdAudTFNg

Dan sekali lagi, pemain Argentina sendiri juga turut akur sahaja dengan keputusan pengadil kerana mereka sedar ia adalah keputusan yang tepat.

Secara keseluruhannya, Marciniak berjaya untuk mengadili perlawanan ini dengan sangat baik dan beliau berhak menerima pujian atas apa yang beliau tunjukkan dalam perlawanan ini.

Oleh yang demikian, tidak keterlaluanlah untuk menganggap yang Marciniak merupakan antara penyumbang yang menjadikan aksi perlawanan akhir ini sebagai antara perlawanan akhir yang terhebat dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN