Belum Mahu Bersara, Messi Ingin Sarung Jersi Argentina Sebagai Juara Dunia

Lionel Messi

Lionel Messi telah melengkapkan penjajahan beliau dalam bola sepak apabila berjaya merangkul gelaran Piala Dunia edisi 2022.

Menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti telah memberikan nikmat terhebat buat Messi dan Argentina apabila mereka berjaya menjadi juara dunia buat kali ketiga.

Ramai yang berasakan dengan kejayaan Messi merangkul Piala Dunia tersebut akan menamatkan kariernya bersama-sama Argentina.

Namun sebenarnya tidak.

Messi memilih untuk kekal bersama-sama Argentina untuk sedikit masa lagi sebelum meninggalkan skuad kebagsaan dan bola sepak secara amnya.

Menurut Messi, selepas lama berusaha keras untuk merangkul kejayaan bersama negaranya, beliau mahu menikmati saat itu selepas ini.

Kini Messi mahu beraksi bersama-sama Argentina sebagai juara dunia pula.

“Saya terus bermain untuk Argentina. Buat masa sekarang, saya tidak akan bersara daripada bola sepak antarabangsa.

“Saya cintakan bola sepak, itu apa yang saya lakukan.

“Saya seronok bersama-sama dengan skuad kebangsaan dan mahu jalan terus dengan menikmati pengalaman bermain beberapa lagi perlawanan sebagai juara dunia,” kata Messi.

Kami masih mahukan beliau

Kemahuan Messi untuk terus kekal bersama-sama skuad kebangaannya itu seakan senada dengan hajat yang dipendam oleh pengendali Argentina – Lionel Scaloni.

Scaloni yang membimbing Argentina menuju gelaran Copa America dan kini Piala Dunia, sememangnya mahukan Messi untuk terus kekal bersama mereka.

Scaloni berharap yang Messi boleh kekal sehingga Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

“Messi seharusnya mempunyai tempat dalam saingan Piala Dunia yang seterusnya, kami mahu beliau terus bersama kami.

“Jika beliau mahu terus bermain, nombor 10 akan sentiasa sedia untuk beliau,” kata Scaloni.

Argentina dua kali dikejar Perancis dalam perlawanan akhir dengan kali pertama ketika masa sebenar apabila Les Blues menjaringkan gol berganda untuk mengikat aksi menjadi 2-2.

Kali kedua adalah ketika masa tambahan, selepas ketinggalan 3-2, Kylian Mbappe mencatatkan hatrik untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Namun di masa tambahan, ianya tidak dapat dikekang lagi apabila Argentina berjaya juga muncul juara.

Inilah definisi seperti semut api, dipijak-pijak tak akan mati!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN