Ini 2 Rekod Messi Telah Pecahkan Ketika Aksi Final Bertemu Perancis

Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi telah pun memecahkan dua rekod pada minit yang sama ketika beliau meledak gol pembukaan buat Argentina ketika menentang Perancis.

Dalam aksi akhir Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Lusail itu, Argentina berjaya merangkul gelaran juara selepas mereka menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti dengan keputusan 4-2.

Sebelum itu, kedua pasukan tersebut saling terikat dengan keputusan 3-3, selepas masing-masing mempamerkan aksi cukup sengit untuk saling berbalas serangan.

Rekod mula terlakar selepas Messi meledak gol pada minit ke-23, apabila pemain tersebut berjaya menewaskan Hugo Lloris menerusi sepakan penalti untuk memberi jaringan pendahuluan buat Argentina.

Jaringan itu menjadikan Messi berjaya mencipta rekod sebagai satu-satunya pemain yang meledak gol untuk setiap peringkat dalam saingan Piala Dunia ini.

Untuk catatan rekod, Messi telah pun menjaringkan gol pada peringkat kumpulan ketika berdepan Arab Saudi dan Mexico.

Pemenangan Ballon d’Or ini juga terus konsisten mencatat gol ketika pusingan 16 terbaik sewaktu berdepan Australia sebelum terus meledak jaringan untuk pusingan seterusnya ketika bertemu Belanda dan Croatia.

Kemuncaknya, Messi telah pun meledak dua jaringan untuk aksi final ini dengan mencatat gol pada separuh masa pertama dan kedua buat Argentina.

Rekod kedua yang dihasilkan Messi pula selepas beliau menjaringkan gol pertama pada minit ke-23, apabila menjadi pemain paling banyak mengutip minit permainan untuk aksi Piala Dunia dan mengatasi rekod Paolo Maldini.

Jelas ia merupakan penyertaan terakhir Messi dalam saingan Piala Dunia paling sempurna, setelah beliau berjaya membantu Argentina meraih kejuaraan tersebut.

Kali terakhir Argentina merangkul kejuaraan tersebut ialah pada tahun 1986, dan kini rekod baru sudah pun tercipta dan sedia dicabar oleh generasi pada masa hadapan.

Tambahan pula, Messi juga menerima anugerah Golden Ball Awards kali ini selepas kecemerlangan beliau dalam setiap perlawanan jelas tidak boleh dinafikan lagi mana-mana pihak.

Walaupun tumpuan diberikan kepada Messi, segalanya tidak akan berlaku jika pemain tersebut tidak mendapat sokongan daripada rakan sepasukan sejak awal saingan berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN