Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi yakin yang skuad kebangsaan tetap berpotensi untuk menjuarai saingan AFF pada tahun ini walau ada yang menganggap Harimau Malaya sedang ‘bermasalah’.
Skuad kebangsaan Malaysia cemerlang menewaskan Maldives 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam semalam.
Anak-anak buah Kim Pan-gon itu terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan walau mereka tidak menurunkan skuad terbaik yang dimiliki.
FT: 🇲🇾 Malaysia 4️⃣-0️⃣ Cambodia 🇰🇭
Harimau Malaya flex their muscles in a friendly match against ASEAN rivals Cambodia!
📍Bukit Jalil National Stadium pic.twitter.com/QjRq8iOYlJ
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) December 10, 2022
Semua tahu yang ramai pemain dari skuad utama Harimau Malaya tidak turut serta dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Kemboja dan Maldives pada ketika ini.
Mereka juga turut tidak akan menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk aksi dalam saingan AFF pada hujung bulan nanti.
Beberapa muka baru telah dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dan sepertinya kesemua mereka berjaya memberikan yang terbaik untuk skuad negara.
Dek kerana melihat ramai pemain utama tidak bersama dengan skuad kebangsaan Malaysia pada ketika ini, legenda Indonesia, Andik Vermansyah tampil menyatakan yang beliau percaya hal tersebut bakal memberi ruang kepada negaranya untuk menjuarai saingan AFF pada tahun ini.
Malaysia Kalahkan Maldives Di Cheras, Jaring 7 Gol Dalam 2 Perlawananhttps://t.co/pRWkhSfkdC
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 14, 2022
Andik merasakan yang skuad Harimau Malaya sedang bermasalah pada ketika ini dan hal itu sedikit sebanyak memberi laluan mudah untuk Indonesia bergelar Juara.
“Perasaan saya, selepas negara-negara lain yang dilihat kurang bersedia, ianya seperti memberi ruang untuk Indonesia muncul juara. Maksud saya peluang itu dilihat lebih besar.”
Jelas Andik kepada Bola.com
“Bukan kita nak memandang rendah kepada mereka. Misalnya Malaysia ada banyak pemain yang tidak menyertai kem kebangsaan, serta Thailand yang tidak memanggil beberapa tonggak mereka,”
Andik Anggap Malaysia Pasukan Bermasalah, Permudahkan Indonesia Rangkul Piala AFFhttps://t.co/hHrGjWO0qo
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 13, 2022
Walau Andik merasa yakin yang skuad Harimau Malaya sedang bermasalah pada ketika ini, namun sepertinya anak-anak buah Kim Pan-gon itu telah membuktikan yang sebaliknya.
Malaysia masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang walau mereka menggunakan ramai muka baru dalam skuad pada ketika ini.
Tujuh gol dan tiada bolos dari dua perlawanan terakhir ini sudah cukup untuk membuktikan yang skuad Harimau Malaya sudah sangat bersedia untuk menghadapi saingan AFF.
Ketika diminta untuk mengulas komen dari Andik, Syihan Hazmi hanya menjawab:
‘Tiket Harga Kayangan’ – FAM Jangan Jadi Buta Perut Berlagak Elitis, Bola Sepak Adalah Sukan Marhaenhttps://t.co/q7cZ1l409S
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 13, 2022
“Syihan pun tak nak cakap apa-apa, cuma satu je Syihan nak kata, Kun Faya Kun, kalau benda tu Allah cakap menang sebelah ni maksudnya memang sebelah ni akan menang.”
“Rezki ni kita tak tahu, cuma kita kena berusaha, apa orang nak cakap, apa orang nak anggap, kekurangan kita ke apa ke, kalau kita berusaha untuk capai satu benda tu, kita mesti dapat.”
Ruventhiran turut ditanya soalan yang sama dan beliau hanya menjawab:
Qatar 2022: Andik Beri Tips Kepada Perancis Untuk Lakar Kemenangan Atasi Maghribihttps://t.co/3xv18Mw6tg
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 14, 2022
“Kita tunggu je AFF nanti.”
Walau skuad Harimau Malaya pada ketika ini boleh dikatakan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun para pemain tetap tidak mahu terlalu yakin untuk menghadapi saingan AFF nanti.