Tular di media sosial pada ketika ini tentang fakta-fakta menarik yang membuktikan bahawa kejayaan Maghribi di Qatar pada ketika ini bukanlah kerana ‘nasib’ semata-mata.
Terdapat pelbagai sumber yang mendedahkan tentang bagaimana usaha serta kerja keras Maghribi untuk mereka berada di mana mereka berada pada ketika ini.
Selepas kejayaan mereka menjadi negara Afrika pertama yang layak beraksi di pentas separuh akhir Piala Dunia, ramai peminat yang mengkaji cara bagaimana Maghribi membangunkan bola sepak mereka.
No matter what happens, Morocco has done football proud 🇲🇦❤️ pic.twitter.com/g94l9XyFZl
— 433 (@433) December 12, 2022
Skuad kendalian Walid Regragui itu berjaya mencipta sejarah selepas kejayaan mereka untuk layak ke peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia tahun ini.
Maghribi cemerlang menewaskan Portugal 1-0 selepas Youssef En Nesyi meledak gol kemenangan untuk negara dari Afrika itu.
Dengan tiba-tiba, dari sebuah pasukan yang diramal akan tersingkir di peringkat kumpulan, Maghribi kini merupakan antara pasukan yang paling peminat mahu lihat menjulang gelaran Piala Dunia tahun ini.
Atas semangat ‘Rocky Balboa’ dan semangat kerjasama yang sungguh luar biasa dasyat, Maghribi kini merupakan empat pasukan terbaik di pentas Piala Dunia 2022.
Morocco 🇲🇦 star Hakim Zayech has never taken a single dollar while playing for his country (since 2015). He donates it all to team staff and poor families in his native Morocco. pic.twitter.com/n4xUl1XdGf
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) December 9, 2022
Mungkin akan ada yang berfikir bahawa Maghribi mampu untuk sampai hingga ke peringkat separuh akhir kerana mereka memiliki nasib yang baik sepanjang kejohanan ini.
Walau bagaimanapun juga, ramai sebenarnya yang terlepas pandang tentang bagaimana usaha mereka sebelum ini yang membawa kepada kejayaan mereka pada ketika ini.
Menurut sumber laporan dari Eurofoot, King Mohammed VI sebenarnya telah mengeluarkan dana bernilai £12 juta dari duit poketnya sendiri untuk membangunkan bola sepak di Maghribi pada tahun 2009 yang lalu.
Pada ketika itu, Maghribi gagal untuk layak beraksi dalam dua edisi Piala Dunia sebelumnya dan keluarga diraja sedar mereka perlu lakukan sesuatu untuk kejayaan jangka masa panjang bola sepak negara mereka.
Incredible! Morocco is the first ever African country to make it to the semi finals. The entire continent is rooting for you 👏🏿 pic.twitter.com/TtUZZrl3jr
— Samuel Eto'o (@SamuelEtoo) December 10, 2022
Akademi bola sepak Mohammed VI telah ditubuhkan dalam usaha mereka mencari bakat-bakat hebat untuk beraksi di pentas bola sepak profesional.
Akademi tersebut juga turut menyediakan pusat latihan berkualiti tinggi dan kemudahan yang menakjubkan untuk membantu menaikkan lagi mutu bakat-bakat hebat yang mereka temui.
Ia juga termasuk lapan buah padang yang mengikut standard FIFA dan juga sebuah padang tertutup.
Akademi tersebut juga turut memiliki sebuah hotel empat bintang selain menyediakan seorang doktor peribadi, doktor gigi dan sebuah sekolah.
Morocco making history at the World Cup is being celebrated all over the world 🇲🇦 pic.twitter.com/0MaKQVojId
— B/R Football (@brfootball) December 11, 2022
Tiga dari 26 pemain dalam skuad Maghribi di Qatar pada ketika ini merupakan produk keluaran dari akademi tersebut dan ia jelas membuktikan Mohammed VI bawa impak besar dalam pembangunan bola sepak mereka.
En-Nesryi, Azzedine Ounahi dan Nayef Aguerd kesemuanya merupakan produk dari akademi Mohammed VI dengan mereka kini sedang beraksi bersama kelab-kelab gergasi Eropah seperti Sevilla dan West Ham United.
Satu hal yang pasti, di masa hadapan, akan lebih ramai lagi bakat-bakat hebat dari akademi tersebut yang akan bersinar dan mencipta nama di pentas dunia bola sepak.
Sejak akademi itu dibina, Maghribi sudah berjaya untuk layak ke tiga edisi Piala Dunia dan ia merupakan pertama kali mereka lakukan hal tersebut dalam sejarah.
Maghribi tersingkir di peringkat kumpulan pada tahun 2018 yang lalu dan pada tahun 2022 ini, mereka sudah berjaya untuk layak hingga ke peringkat separuh akhir.
Selepas tamat aksi bertemu Portugal, Regragui mendakwa bahawa:
“Kami sekarang menjadi antara pasukan yang semua orang sayang di pentas Piala Dunia kerana kami menunjukkan yang walaupun kami tidak mempunyai ramai bakat hebat dan tidak mempunyai duit yang banyak, namun kami tetap boleh berjaya.”
“Kami buat orang-orang kami dan negara kami gembira dan bangga. Ketika kamu tonton Rocky, kamu mahu sokong Rocky Balboa dan saya fikir kami adalah Rocky di pentas Piala Dunia kali ini.”
Morocco 🇲🇦 squad makes it clear, 'It's not us, but Allah', “And my success is only by Allah.”
-Al Qur’aan | 11:88 pic.twitter.com/LBXLEeg26x
— • (@Al__Quraan) December 11, 2022
Jelas Regragui.
“Saya rasa sekarang seluruh dunia bersama Maghribi.”
Ia jelas membuktikan yang Maghribi sebenarnya sudah membuat persiapan yang sangat rapi sejak lama dahulu sebelum mereka menikmati kejayaan seperti apa mereka capai pada ketika ini.
Tugas lebih berat menanti Maghribi selepas ini dengan mereka perlu berdepan Perancis untuk layak ke aksi perlawanan akhir.
This is how Morocco 🇲🇦 has celebrated every #WorldCup victory pic.twitter.com/W4Ve8EVpY1
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) December 12, 2022
Selepas berjaya melangkah sejauh ini, jelas sekali Maghribi akan lakukan apa sahaja untuk mencipta sejarah dan tumbangkan Perancis untuk layak ke perlawanan akhir.