Perkara ini adalah satu perkara yang pelik berlaku di Itali.
Pada aksi Serie A antara Palermo dan Torino, lampu limpah terpadam ketika aksi antara dua pasukan sedang berlangsung.
Sejarah tercalar
Palermo menerima kunjungan Torino dalam aksi Serie A Itali baru-baru ini.
Perlawanan itu cukup bererti buat pasukan tuan rumah kerana perlawanan tersebut merupakan perlawanan ke-1000 mereka dalam saingan tertinggi bola sepak Itali.
Namun sejarah yang mereka cipta itu tidak berjalan seperti yang mereka mahukan. Hal ini kerana mereka tewas teruk 4-1 kepada Torino.
Semuanya nampak elok apabila Palermo mendahului pada minit ke-5 hasil jaringan Ivaylo Chochev.
Namun Torino membalas 3 gol menerusi 2 jaringan Adem Ljajic pada minit ke-25 dan minit ke-40. Gol ketiga Torino hadir pada minit ke-45+1 hasil jaringan Marco Benassi.
Daniele Baselli pula menambah satu lagi gol untuk Torino pada minit ke-50 untuk memberikan 3 mata berharga untuk pasukan pelawat.
Lampu terpadam
Sudahlah ditimpa kekalahan, lampu limpah di stadium Palermo pula terpadam.
Pada babak akhir permainan, lampu limpah di Stadium Renzo Barbera tiba-tiba sahaja mengalami masalah.
Insiden yang berlaku sekitar minit ke-86 itu menyebabkan permainan terhenti seketika.
Pengadil perlawanan, Micheal Fabbri pada mulanya merancang untuk menamatkan perlawanan itu lebih awal.
Namun, hasrat beliau itu dihalang oleh penonton-penonton yang hadir ke stadium.
Mereka melakukan perkara yang termampu untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar. Tapi bagaimana?
Mereka telah menyalakan lampu suluh yang ada pada telefon pintar mereka beramai-ramai sehingga perlawanan tamat.
Tujuannya adalah untuk memberikan cahaya kepada stadium kerana kerosakan yang dihadapi oleh lampu limpah mereka.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=93&v=xgbM1JwWHfo
Perlawanan itu akhirnya berjaya ditamatkan seperti biasa dengan kemenangan milik Torino.
Kini Torino berada di tangga ke-4 Serie A dengan 14 mata. Terikat dengan Napoli yang berada ditangga ke-5 namun Torino mendahului dengan kelebihan jaringan.
Manakala bagi Palermo pula mereka masih tersangkut di kelompok 3 pasukan terbawah. Apabila hanya berjaya mengutip 6 mata dari 8 perlawanan.
Palermo kini ditangga ke 18 liga. 1 mata terpisah dari zon selamat di Serie A.
Baca juga: Joe Hart Sedia Dengan Cabaran Di Itali, Cakap Bahasa Itali Buat Kali Pertama