Pemain Paling ‘Otai’ Jepun Bakal Sertai Saingan Liga Di Portugal?

Mana-mana pemain Jepun yang beraksi di Eropah sudah boleh dianggap biasa ketika ini, selepas negara tersebut dilihat sangat aktif untuk menghasilkan bakat baharu berkualiti tinggi dengan konsisten setiap tahun.

Lihat sahaja kualiti Jepun untuk saingan Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini, selepas negara tersebut mencipta beberapa kejutan sebelum terkandas di pusingan 16 terbaik.

Terbaharu, pemain paling senior negara tersebut yang masih lagi aktif dalam dunia bola sepak profesional, Kazuyoshi Miura dikhabarkan bakal menyertai salah satu kelab di Portugal.

Menurut Sport Bible, kelibat pemain senior itu dilihat sedang berada di lapangan terbang dan dalam perjalanan untuk menyertai salah satu pasukan baharu di Portugal selepas 36 tahun karier beliau dalam sukan tersebut.

Musim ini menyaksikan Kazuyoshi telah mewakili salah satu kelab divisyen empat Jepun iaitu Suzaka Point Getters selepas beliau dipinjamkan oleh Yokohama FC.

Bersama pasukan tersebut, pemain berusia 55 tahun ini telah pun menyumbangkan dua jaringan dan lebih menarik, Kazuyoshi meledak gol pertama beliau pada bulan 10 lalu selepas kali terakhir melakukannya pada 2017.

Terbaharu, pemain tersebut bakal membuka lembaran baharu dalam kariernya, selepas Kazuyoshi dilaporkan bakal menyertai kelab divisyen dua di Portugal iaitu Oliveirense.

Berdasarkan informasi, kelab tersebut dimiliki oleh Onodera Group yang juga merupakan pemilik kepada Yokohama FC. Maka, tidak hairan Kazuyoshi mendapat ruang untuk bermain di sana.

Walaupun begitu, ia masih sesuatu yang sangat hebat buat bekas penyerang kebangsaan Jepun itu, kerana usianya yang agak berusia kini masih berpeluang untuk bermain di Eropah.

Sewaktu zaman kegemilangannya, Kazuyoshi pernah mewakili beberapa kelab di Eropah seperti Santos, Palmeira, Genoa, Dinamo Zagreb, dan pasukan lain lagi dengan rekod agak baik.

Kini, persoalan mula timbul jika Kazuyoshi mampu untuk membantu pasukan baharu yang akan diwakilinya nanti untuk tampil lebih baik.

Kedudukan Oliveirense ketika ini berada di tangga ke-14 dengan hanya mencatat dua kemenangan sahaja daripada 13 perlawanan telah dilalui kelab tersebut.

Pemain yang terkenal dengan gelaran King Kazu ini bakal berhadapan dengan satu lagi cabaran yang tidak ada mana-mana pemain lain lakukan pada usianya untuk menjadi salah satu penggempur di Eropah.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN