Bintang Muda Kedah Tetap Sasaran Buru Lebih Banyak Minit Permainan Musim Depan

Bintang muda Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Heshamudin Ahmad menjadi antara empat pemain yang sah dikekalkan pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan.

Semalam, beliau sah sudah menandatangani kontrak lanjutan baharu bersama KDA dan memasang tekad untuk membalas kepercayaan pihak pengurusan serta kejurulatihan menerusi persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan.

“Mohamad Heshamudin Ahmad yang beraksi di bahagian pertahanan bertekad untuk membalas kepercayaan pengurusan dan barisan kejurulatihan dengan memberi saingan sihat rakan sepasukan lain. Prestasi beliau dinilai mampu dipertingkatkan untuk pelan jangka masa panjang,” jelas kenyataan tersebut.

Malah Heshamudin sendiri mempunyai sasaran tersendiri bersama KDA pada musim hadapan dan menyatakan akan berusaha sebaik mungkin untuk merebut posisi kesebelasan utama.

“InsyaAllah pada musim hadapan saya akan berusaha dengan sebaik mungkin, secara peribadi saya ingin mencari lebih banyak minit permainan.

“Ianya penting untuk meningkatkan tahap permainan saya. Kita tahu musim depan ramai pemain baharu bersama tenaga kejurulatihan baharu.

“Apa yang perlu saya lakukan untuk mengambil hati jurulatih dan buktikan sesuatu untuk tahun hadapan.

“Mungkin selepas ini saya akan beraksi di bahagian kanan atau kiri. Saya akan cuba sebaik mungkin dan sebagai pertahanan tak kira lawan datang dari arah mana, saya akan lawan.

“Harapan saya pastinya untuk mendapatkan minit permainan untuk sasaran utama, dan kalau boleh saya nak dapatkan seberapa banyak piala buat pasukan,” jelas Heshamudin.

Heshamudin menjadi antara pemain muda KDA yang berjaya mempamerkan aksi menyerlah bersama pasukan sehingga mendapat pujian para penyokong.

Musim ini menyaksikan Heshamudin telah beraksi dalam 12 perlawanan bersama KDA dalam semua saingan yang disertai pasukan tersebut termasuk aksi Piala AFC di Bali, Indonesia.

Heshamudin dilihat mempunyai kebolehan yang sangat baik di posisi pertahanan kanan, tengah, dan kiri dan kemampuannya untuk membantu serangan dilihat sebagai suatu aset buat pasukan.

Selain Heshamudin, dua lagi pemain yang turut menandatangani kontrak baharu bersama KDA semalam ialah Loqman Hakim Marzuki serta Kamil Akmal untuk terus memperkuatkan pasukan musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN