Penggempur utama Portugal, Cristiano Ronaldo dikhabarkan mungkin akan menyertai salah satu kelab berpangkalan di Asia Barat iaitu Al-Nassr tidak lama lagi.
Tawaran kontrak yang diberikan juga jelas sangat tinggi dengan bernilai sebanyak £173 juta (RM924,601,315) untuk tempoh masa setahun.
Cristiano Ronaldo has received a formal proposal from Al Nassr, confirmed. 🚨🇸🇦 #Ronaldo
Almost €200m per season until 2025.
But… big part is sponsor deals, so it’s not clear yet if image rights can be agreed.
Nothing done/signed or decided.
Cristiano, focused on World Cup. pic.twitter.com/tVhgLhz92N
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 30, 2022
Setelah kontrak Ronaldo tamat lebih awal bersama Manchester United sebelum ini atas krisis yang berlaku, pemain tersebut mungkin akan menyertai kelab tersebut, walaupun sebelum itu pernah menolaknya.
Persoalannya, apakah latar belakang Al-Nassr yang dilihat berani menawarkan kontrak kepada Ronaldo?
Kelab tersebut mula diasaskan pada tahun 1955, dan menjadi salah satu pasukan paling berjaya di Arab Saudi sehingga kini.
Antara rekod kejayaan dilakar peringkat domestik, Al-Nassr berjaya memenangi sembilan kejuaraan liga serta paling unggul pada musim 2018-2019.
Di pentas antarabangsa, kelab ini tidaklah begitu menonjol dengan siri-siri kejayaaan dilakar, namun mereka pernah menyertai saingan Club World Cup untuk musim 1999-2000.
Kekalahan yang mereka catat adalah ketika menentang Real Madrid dengan keputusan 3-1 dengan gol diledak oleh Nicolas Anelka dan Raul.
Walaupun mereka berhasil menewaskan Raja Casablanca dengan keputusan 4-3, pasukan tersebut gagal meneruskan rentak kemenangan setelah ditewaskan oleh Corinthians.
Al-Nassr dibarisi pemain bintang
Ketika ini, pasukan tersebut sebenarnya sudah pun mempunyai beberapa pemain bintang dunia iaitu David Ospina, Luis Gustavo, dan juga penyerang kebangsaan Cameroon, Vincent Aboubakar.
Aboubakar ketika ini boleh dikatakan sebagai salah satu bintang sensasi yang sangat menyerlah bersama skuad kebangsaan setelah tampil meledak satu jaringan dan satu bantuan gol kepada Choupo-Moting ketika berdepan Serbia.
⏱ '54 || ➡️ Vincent Aboubakar IN 🔥
⏱ '62 || 2-3 Aboubakar scores, giving his team hope 🙏
⏱ '65 || 3-3 Aboubakar with the assist, to keep his nation’s dream alive 🤩Amazing performance by our star Vincent Aboubakar👏🇨🇲
proud of you Lion 🦁💛 pic.twitter.com/CpTzlaB5Z6— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) November 28, 2022
Sementara itu, Ospina bukan lagi satu nama yang asing dalam dunia bola sepak selepas penjaga gol itu menghabiskan banyak masa sebelum ini di Eropah terutama sekali Arsenal.
Pemain legenda Brazil iaitu Gustavo pula antara nama besar yang menjadi salah seorang tonggak dalam saingan Piala Dunia 2014.
Pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman
Al-Nassr bukan sahaja mempunyai beberapa pemain bintang yang menerajui kejayaan kelab tersebut, malah pasukan itu juga ditunjangi oleh jurulatih yang mempunyai nama besar dan berpengalaman.
Bekas pengendali Roma, Lille, Marseille, dan Lyon iaitu Rudi Garcia merupakan ketuha jurulatih kelab tersebut setakat ini dan berjaya membawa Al-Nassr untuk tampil lebih baik dari segi corak permainan.
Sebelum itu, pasukan tersebut juga berjaya mendapatkan khidmat Fabio Cannavaro untuk melatih mereka selama beberapa bulan pada tahun 2015.
💛 Rudi Garcia 💛 pic.twitter.com/VaHhZ4AqHq
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) August 15, 2022
Manakala bekas penjaga gol Colombia, Rene Higuita juga pernah menjadi salah satu individu penting pada tahun 2011 hingga 2016 sebagai jurulatih penjaga gol.
Siapa pemilik Al-Nassr?
Sekiranya Ronaldo menerima tawaran tersebut, beliau bakal menjadi pemain bola termahal dunia ketika ini untuk menyertai salah satu pasukan yang kurang ternama dan bukan dari negara Eropah.
Pemilik kelab tersebut iaitu Musalli Almuammar merupakan antara individu terkaya di Arab Saudi dan mempunyai reputasi besar dalam dunia perniagaan.
Mr. Musalli 💛 pic.twitter.com/5kGiVXSrYK
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) May 5, 2022
Maka, tidak hairan beliau mampu untuk membayar dengan harga begitu mahal dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dalam pasukan miliknya.
Mrsool Park gelanggang rasmi Al-Nassr
Al-Nassr menggunakan Mrsool Park sebagai gelanggang rasmi mereka dalam setiap perlawanan dihadapi dan ianya boleh menempatkan sehingga 25,000 orang pada satu masa.
Antara pasukan besar yang pernah menggunakan gelanggang ini adalah Real Madrid dan Athletic Bilbao pada awal musim ini untuk saingan Super Cup.
Ianya mungkin sesuatu yang sedikit janggal buat Ronaldo selepas pemain ini sebelum itu terbiasa beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong seperti di Old Trafford.
What they won't tell you, is Mohamed Alkhereiji , with the Saudi media Group. Funded and Constructed the Mrsool Park staduim In Saudi Arabia. Which is a massive selling point for the redevelopment of Stamford bridge. A big advantage they have over other competitors. pic.twitter.com/2XY7zFdo3A
— Potent (@Potentsports) March 21, 2022
Persoalannya, adakah Ronaldo bakal mencipta sejarah baharu dalam karier beliau selaku pemain bola sepak profesional di Timur Tengah?