Ketika menulis tentang satu perlawanan Qatar 2022 baru-baru ini, penulis jadi keliru melihat kapasiti stadium dan jumlah penyokong yang hadir.
Arab Saudi menewaskan Argentina 2-1 di Stadium Lusail Iconic pada 22 November lalu dan dilaporkan jumlah kehadiran adalah 88,012 orang.
Ia sebenarnya telah melebih kapasiti stadium tersebut yang pada awalnya dikatakan hanya boleh menampung 80,000 penyokong pada satu masa.
Dan bukan hanya di Stadium Lusail Iconic, ia juga dilaporkan berlaku di majoriti stadium yang melangsungkan Piala Dunia 2022 di Qatar kali ini.
Argentina 🇦🇷 lost at the 80,000 Lusail Iconic Stadium to Saudi Arabia 🇸🇦…
Brazil 🇧🇷 defeated Serbia 🇷🇸 in the same venue.
Samba football prevails 🔥#Brazil #Richarlison #Qatar2022 #FIFAWorldCup #QatarWorldCup2022 pic.twitter.com/roZS9PL18e
— Beesreign Media💚 (@beesreignmedia) November 24, 2022
Antara perlawanan-perlawanan lain yang turut dikatakan telah menampung lebih penyokong pada satu masa antaranya;
- Qatar vs Ecuador – 67,372 (kapasiti stadium = 60,000)
- England vs Iran – 45,334 (kapasiti stadium = 40,000)
- Senegal vs Netherlands – 41,721 (kapasiti stadium = 40,000)
- USA vs Wales – 43,418 (kapasiti stadium = 40,000)
Malah, adakalanya, kelihatan stadium tidak penuh seperti dilaporkan!
Adakah benar laporan kehadiran penyokong yang telah dilaporkan itu?
Half the stadium is empty in Qatar? 😳🤷♂️ #WorldCup #WorldCup2022 #QATECU pic.twitter.com/5Q3v9H3hVf
— Zubin Daver (@zubinofficial) November 20, 2022
Menurut wartawan BBC, Rachel Burden, berdasarkan kenyataan oleh jurucakap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepadanya, jumlah kapasiti akhir ketika perlawanan berlangsung adalah lebih tinggi berbanding kapasiti yang telah memenuhi keperluan FIFA oleh penganjur Qatar.
Adakah Qatar berbohong mengenai jumlah kehadiran penyokong?
Berdasarkan pemerhatian portal GiveMeSport, melihat kenyataan FIFA menerusi wartawan BBC itu serta ciapan mereka selepas ‘kantoi’ jumlah kehadiran penyokong, FIFA mengira penyokong berdasarkan tiket yang terjual berbanding jumlah kemasukkan penyokong ke dalam stadium.
I've just been contacted by a FIFA spokesperson who's told me…capacity figure is the reference capacity that meets the FIFA requirements. The final capacity during event mode is higher (hence the mismatch)
— Rachel Burden (@rachelburden) November 22, 2022
Jadi, setiap kali perlawanan berlangsung, jumlah kapasiti akan berbeza?
Melihat kembali kepada jumlah kehadiran di Stadium Lusail Iconic pada aksi pertama adalah 88,012 orang dan diikuti 88,103 orang untuk aksi Brazil menentang Serbia. Dan ia meningkat kepada 88,966 orang ketika Argentina menewaskan Mexico 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C.
Dan, FIFA mengatakan jumlah kapasiti stadium itu kini adalah 88,966.
Check here the FIFA World Cup Qatar 2022 official stadium capacity ⬇️ pic.twitter.com/vUYBTDRmyj
— FIFA Media (@fifamedia) November 21, 2022
Adakah ini satu lagi ‘wayang’ yang dimainkan penganjur, Qatar dan FIFA?
Semua sedia maklum tema kesatuan, kemanusiaan dan ketamadunan yang diangkat Qatar ketika upacara pembukaan kejohanan di Stadium Al Bayt kira-kira seminggu lalu bagi menutup isu penindasan terhadap golongan buruh yang membina fasiliti dan infrastruktur di negara teluk itu.
Isu hak asasi manusia telah pun berlanjutan sejak beberapa tahun lalu apabila mereka sah mendapat hak penganjuran pada Disember 2010.
Adakah jumlah kehadiran penyokong akan terus berbeza dengan kapasiti stadium dalam setiap perlawanan? Hanya mereka ada jawapannya.
Qatar 2022: Bacaan Al-Quran, Penindasan Dan Tanggungjawab Kemanusiaan